Photobucket

Tuesday, December 29, 2009

-2009 will be end soon-

2009 will be end soon.Apa yang aku harapkan adalah segala kenangan manis akan aku simpan buat tatapan pada masa hadapan. Bagi segala kenangan pahit akan aku jadi kan tauladan agar kehidupan pada masa hadapan aku lebih bermakna. Aku cuba menyingkap kembali adakan segala impian aku yang aku canangkan pada awal 2009 semuanya tercapai. Aku rasa tidak. Aku sedar bahawa aku sendiri lalai dengan kehidupan ini. Matlamat asalnya hendak belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan cemerlang hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Aku sedar apa yang aku lakukan. Cuma aku tidak mulakan untuk berubah. Dan seperti apa yang aku janji kan pada tahun 2010 adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. Aku tidak lagi bermain dengan kehidupan ini dan aku akan fokus pada satu iaitu STUDY,STUDY,STUDY.. Aku akan berusaha sekeras mungkin untuk mendapat apa yang aku ingin kan pada tahun 2010.. Kehidupan ini sementara. Aku akan menuntut ilmu selagi aku mampu. Soal jodoh pula aku letakkan ia pada tangan Ilahi. Aku akan berusaha untuk mencari tapi semuanya adalah ketentuanNya. Aku tidak lah terlalu desperate dengan mencari jodoh ini.. Aku akan fokus hanya 1 je dalam kehidupan aku sekarang ialah hendak menjadi orang yang berjaya dan bekerjaya.. Apa yang akan aku lihat diri aku pada masa akan datang dalam jangka masa 10 tahun adalah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang yang aku minati. Membuka 1 family business dalam wedding planner.. I think it will be a great n wonderful business..

Bakal 2010 aku akan mengupdate kan diri ku ini dalam blog ini..