
Hari ini keluar result final exam.. Time nk log in id n password, pergh hanya Allah saja tau.. Dan sini telah tertulis bahawa aku lulus.... Alhamdullilah... Ungkapan syukur alhamdullilah tidak terkira muncul dari mulut aku.. Walaupun aku tahu result aku tidak la disenaraikan sebagai Dean's List tapi cukup sekadar lulus dan memuaskan aku dan dalam masa yang sama tiada repeat paper... Aku turut berasa syukur kerana usaha dan tawakal aku pada Allah, Allah telah mengurniakan keputusan yang baik... Alhamdullilah.. Aku dapat rasakan bagaimana hendak berjaya pada masa akan datang... Aku telah mendapat bayangan seorang yang berjaya... Kalo dulu aku focus di dalam kelas dan di tambah dengan kerja keras study keputusan nya sungguh memberangsangkan.. Jika aku tidak focus dalam kelas dan kurang kerja keras dan hanya menghargai waktu pada saat-saat terakhir keputusan adalah kurang dari dahulu.. Jika dicampurkan focus didalam kelas, kerja keras, dan stay up lebih maka keputusannya adalah sungguh dan amat memberangsangkan.. Aku akan cuba mengaplikasikan formula ini.. Formula ini telah ditemui berkurun lama dahulu.. Orang berjaya semua telah mengaplikasikan formula ini.. Cuma aku, aku yang baru sedar bahawa cara ini sungguh ajaib dan berbaloi untuk kita dalam menghadapi sebagai kehidupan seorang pelajar. Seperti mana dalam post aku terdahulu, aku berjanji akan belajar bersunguh-sungguh dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.. Walaupun kesedaran agak lambat tetapi tiada sedikit pun rasa kesal dalam diri aku ini.. Ini kerana aku rasa ada hikmah sebalik apa yang berlaku... Mungkin aku akan menghargai setiap detik-detik ini dalam mengecapi kejayaan yang bakal menyinari kehidupan aku pada masa akan datang... Aku akan terus mendaki gunung kejayaan walaupun banyak halangan dan dugaan akan tetap aku harungi dan berlawan dan menepis segala dugaaan itu agar hidup aku menjadi semakin kuat dan kukuh... Kekuatan ini akan aku gunakan untuk bertempur dengan masa akan datang.. Kejayaan seseorang itu terletak pada hati dan akalnya.. Bagaimana hendak menggunakannya hatinya dalam mentafsir sesuatu yang baik dan juga buruk, menggunakan akal dengan berfikir akan faedah masa akan datang dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan cara yang terbaik dan juga menggunakannya pada jalan yang benar adalah untuk kebaikan masyarakat umum.. Mahu menjadi manusia yang berguna, berbakti pada agama, masyarakat dan juga negara!!!

No comments:
Post a Comment