Photobucket

Thursday, December 3, 2009

Seni Itu Halus-Lantas Kita Harus Memahaminya

Aku pasti semua orang tahu seni itu halus. Kita tidak boleh ditafsir dengan mata kasar. Dan baru-baru ini aku bersama abang dan girlfriendnya pergi menonton filem Karaoke.. Filem ini telah memenangi Award di Cannes Film Festival..Jalan ceritanya menarik..Tetapi bagi abang aku serta buah hatinya, mereka tidak dapat menafsirkan jalan cerita ini...Tetapi pujian mereka turut keluar dari mulut mereka, kata buah hati abang aku, skrip filem nih sempoi gila..Spontan.. bagi abang aku pulak latar belakangnya cukup menarik TETAPI ada beberapa babak terlalu kosong...kosong tanpa dialog...aku boleh tahu dari awal lagi...dalam panggung abang aku sudah sangap beberapa kali.. Ini kerana dia tidak faham jalan cerita filem ini.. Pada mulanya aku pun tidak faham jalan cerita Karaoke nih.. Setelah aku balik, aku berfikir sejenak jalan cerita yang hendak disampaikan.. Ia memakan masa sebenarnya.. Tidak semua boleh ditafsir secara terus.. Mungkin orang yang lambat pick up benda yang tersirat nih.. Apa-apa pun aku salute dekat pelakon serta director filem Karaoke nih... Banyak jugak komen yang mereka dapat daripada tayangan filem nih.. Ada sesetengah yang menonton tidak suka jalan cerita nya.. Kata mereka jalan cerita ini busan dan susah untuk difahami.. Ada pula yang suka jalan cerita ini.. Biarpun susah ditafsir jalan ceritanya tetapi ceritanya cukup menberi pengajaran kepada semua masyarakat.. Ada segelintir juga tidak mahu cerita seperti ini ada dalam industri.. Kata mereka susah ditafsir.. Bagi pendapat Pengarh filem ini mahupun Pelakon filem ini mereka berpuas hati dengan hasil mereka.. Dan mereka berpendapat filem ini harus ada dalam industri kita.. Bukan filem yang penuh dengan hiburan semata-mata..Dan mereka turut bersetuju filem begini bukan makanan penonton rakyat Malaysia...

Bagi pendapat aku filem ini cukup bagus.. Bagus bagi mentaliti rakyat Malaysia yang seharusnya di ubah.. Bukan diskriminasi atau apa.. tetapi ia seharusnya di jadikan iktibar bagi rakyat Malaysia.. Cerita ini menyingkap sebuah kehidupan anak muda yang bernama Betik yang baru sahaja pulang selepas tamat pengajiannya di IPTA - UITM... Betik mahu menebus kesalahannya kerana tidak dapat pulang pada hari pengebumian atau kematiaan bapanya.. Ibu nya memberontak dalam senyap dan meminggirkan Betik.. Pada sangkaan Betik semua situasi di kampungnya masih sama seperti dulu.. Tiada yang berubah.. Sangkaan Betik salah.. Betik telah sesat dalam kampungnya sendiri.. Kehidupan Betik tak ubah seperti sebuah video klip Karaoke.. Perasaan yang dibuat-buat dan diarahkan oleh pengarah..bukan datang dari hati... Semua ini permainan perasaan..

Berbalik pada title di atas SENI ITU HALUS-LANTAS KITA HARUS MEMAHAMINYA.. Aku setuju.. Walaupun seni ini halus tetapi kita harus mentafsirkannya dengan sebaik mungkin.. Tidak kira lah bagaimana kita menafsirkan nya.. Pendapat orang berbeza-beza.. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.. Yang positif dijadikan semangat yang negatif dijadikan pengajaran.. Tidak boleh ignore benda yang negatif.. Kadang-kadang memberi manfaat sebenarnya...





No comments: