Photobucket

Tuesday, December 29, 2009

-2009 will be end soon-

2009 will be end soon.Apa yang aku harapkan adalah segala kenangan manis akan aku simpan buat tatapan pada masa hadapan. Bagi segala kenangan pahit akan aku jadi kan tauladan agar kehidupan pada masa hadapan aku lebih bermakna. Aku cuba menyingkap kembali adakan segala impian aku yang aku canangkan pada awal 2009 semuanya tercapai. Aku rasa tidak. Aku sedar bahawa aku sendiri lalai dengan kehidupan ini. Matlamat asalnya hendak belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan cemerlang hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Aku sedar apa yang aku lakukan. Cuma aku tidak mulakan untuk berubah. Dan seperti apa yang aku janji kan pada tahun 2010 adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. Aku tidak lagi bermain dengan kehidupan ini dan aku akan fokus pada satu iaitu STUDY,STUDY,STUDY.. Aku akan berusaha sekeras mungkin untuk mendapat apa yang aku ingin kan pada tahun 2010.. Kehidupan ini sementara. Aku akan menuntut ilmu selagi aku mampu. Soal jodoh pula aku letakkan ia pada tangan Ilahi. Aku akan berusaha untuk mencari tapi semuanya adalah ketentuanNya. Aku tidak lah terlalu desperate dengan mencari jodoh ini.. Aku akan fokus hanya 1 je dalam kehidupan aku sekarang ialah hendak menjadi orang yang berjaya dan bekerjaya.. Apa yang akan aku lihat diri aku pada masa akan datang dalam jangka masa 10 tahun adalah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang yang aku minati. Membuka 1 family business dalam wedding planner.. I think it will be a great n wonderful business..

Bakal 2010 aku akan mengupdate kan diri ku ini dalam blog ini..

Friday, December 18, 2009

hah!!!!!i think i'm ehm..ehm..


Ya i'm think now i'm fall in love with someone..
damn!!!!
i miss u..
really miss u..
can't sleep because thinking about him..
argh!!!!please..
someone help me...
help!!!!
since i've known you..
i know you such a nice guy..
i know that you are a sincere men i've met..
even we do not meet yet, but i'm really sure you are such a nice men to know..
eventhough we've known just about a couples day..
you treat me as a close friend..
can share everythinh with you..
i'm really comfortable with you..
but all the faith is comes from Allah..
we can plan but Allah will decide what is the best one..

Thursday, December 17, 2009

Everyone Changes

Permulaan hidup aku hari bermula dengan pantas. Bangun dari tidur seawal 10 pagi. Aku sudah merancang dengan kawan ku hendak keluar ke KLCC.. Pengembaraan ke KLCC setelah beberapa ketika kami meninggalkannya, semua sudah berubah. Di mulai dengan menonton wayang. Cerita agak berat, dan aku memakan masa untuk memahaminya.. Akhirnya aku berjaya. Selepas itu menyapa perut yang lapar. Aku masih rindu dengan Spaghetti Bolognese..Wah, sungguh menyelerakan.. nyum2.. Hrm, diteruskan dengan pertemuan dengan member lama dari sekolah menengah.. Pada mulanya aku tidak tahu yang kawan aku itu tidak dpt join aku dan kawan aku.. Cuma si A berpesan kepada si D kalau pergi ke KLCC jangan lupa text si Z.. dia turut berada di KLCC... dalam hati ini aku berdoakan supaya tidak terserempak sama mereka.. Selesai makan, aku terserempak mereka di pintu masuk park KLCC... Aku mahu lari dari keadaaan.. Tidak mahu ketemu mereka.. Aku sendiri tidak pasti apa reason yang sebenar... Aku buat bodoh and last skali mereka datang menyapa aku.. hrm, ok.. aku terpaksa layan dan sekali lagi buat bodoh.. It doesn't mean aku sombong.. Dah la..Perkara lama aku sendiri tidak mahu mengimbaunya.. Hrm..aku mencari jalan aku tidak berbual panjang and aku terus mendapatkan member lama sepatut nya aku ketemu.. Aku juga tidak berapa rapat dengan dia.. Tapi since aku dengan dia selalu bergurau di sekolah dahulu membuatkan aku senang dengan dia.. Maka dia belanja aku dan kawan aku.. Aku segan.. Tapi kalau sudah rezeki jangan di tolak..betul x??

Apa yang hendak aku nyatakan disini adalah semua orang berubah.. Susah la kalau tidak jumpa orang yang tidak berubah.. Aku tidak malu untuk mengaku diri aku sendiri berubah atas perubahan sekeliling.. Bukan mahu salah kan dunia akibat perubahan aku tapi sendiri memilih jalan begini.. Perubahan itu kadang-kadang terlalu nyata, kadang-kadang terlalu samar.. Hanya orang di sekeliling kita hanya tahu bahawa sejauh mana perubahan kita.. Perubahan ini tidak memaksa aku menjadi seorang yang hipokrit.. Aku memang aku.. I don't care what people saying about me.. And I don't care what people thinking about me.. Judge me if you can....
Aku sendiri tidak tahu apa purpose aku tulis semua nih...abaikan kalau aku sendiri tidak faham..

Friday, December 11, 2009

Kejayaan mungkin berbaloi-baloi jika usaha lebih (Key of Success)


Hari ini keluar result final exam.. Time nk log in id n password, pergh hanya Allah saja tau.. Dan sini telah tertulis bahawa aku lulus.... Alhamdullilah... Ungkapan syukur alhamdullilah tidak terkira muncul dari mulut aku.. Walaupun aku tahu result aku tidak la disenaraikan sebagai Dean's List tapi cukup sekadar lulus dan memuaskan aku dan dalam masa yang sama tiada repeat paper... Aku turut berasa syukur kerana usaha dan tawakal aku pada Allah, Allah telah mengurniakan keputusan yang baik... Alhamdullilah.. Aku dapat rasakan bagaimana hendak berjaya pada masa akan datang... Aku telah mendapat bayangan seorang yang berjaya... Kalo dulu aku focus di dalam kelas dan di tambah dengan kerja keras study keputusan nya sungguh memberangsangkan.. Jika aku tidak focus dalam kelas dan kurang kerja keras dan hanya menghargai waktu pada saat-saat terakhir keputusan adalah kurang dari dahulu.. Jika dicampurkan focus didalam kelas, kerja keras, dan stay up lebih maka keputusannya adalah sungguh dan amat memberangsangkan.. Aku akan cuba mengaplikasikan formula ini.. Formula ini telah ditemui berkurun lama dahulu.. Orang berjaya semua telah mengaplikasikan formula ini.. Cuma aku, aku yang baru sedar bahawa cara ini sungguh ajaib dan berbaloi untuk kita dalam menghadapi sebagai kehidupan seorang pelajar. Seperti mana dalam post aku terdahulu, aku berjanji akan belajar bersunguh-sungguh dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.. Walaupun kesedaran agak lambat tetapi tiada sedikit pun rasa kesal dalam diri aku ini.. Ini kerana aku rasa ada hikmah sebalik apa yang berlaku... Mungkin aku akan menghargai setiap detik-detik ini dalam mengecapi kejayaan yang bakal menyinari kehidupan aku pada masa akan datang... Aku akan terus mendaki gunung kejayaan walaupun banyak halangan dan dugaan akan tetap aku harungi dan berlawan dan menepis segala dugaaan itu agar hidup aku menjadi semakin kuat dan kukuh... Kekuatan ini akan aku gunakan untuk bertempur dengan masa akan datang.. Kejayaan seseorang itu terletak pada hati dan akalnya.. Bagaimana hendak menggunakannya hatinya dalam mentafsir sesuatu yang baik dan juga buruk, menggunakan akal dengan berfikir akan faedah masa akan datang dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan cara yang terbaik dan juga menggunakannya pada jalan yang benar adalah untuk kebaikan masyarakat umum.. Mahu menjadi manusia yang berguna, berbakti pada agama, masyarakat dan juga negara!!!

Monday, December 7, 2009

Bosan


Aku Bosan, aku bosan, aku bosan...bosan sentiasa menyelubungi hidup aku tatkala cuti semester bermula..Mungkin aku sendiri tidak pandai menggunakan masa ini dengan perkara yang berfaedah..Tapi setiap kali aku bangun dari tidur rutin yang biasa aku lakukan..Mengambil tuala dan turun mandi.. Selepas itu akan aku buka tv dan menontonnya dalam beberapa ketika.. Selepas itu aku akan merasa bosan, bosan, bosan.. Kenapa ada perasaan bosan hah!! Aku mati akal, buntu dengan kehidupan selepas habis setiap semester... Pada mula awal cuti semester hidup bagaikan berada di syurga.. Kerana tidak perlu fikirkan assignment, tak perlu fikirkan tentang masalah di kolej dan tak perlu stay up untuk belajar.. Tapi selepas beberapa hari bosan telah menghantui diri aku.. Bukan aku sahaja yang bosan malah abang aku, kawan aku dan semualah yang sekarang ini berstatuskan seorang student. Aku sudah pergi menonton wayang. Aku sudah pergi berjalan-jalan a.k.a window shopping. Aku sudah beriadah dengan bermain boling. Apa lagi yang hendak aku lakukan!!! Bosan-bosan-bosan-bosan-bosan!!!! Kalau lah aku ada banyak duit dan akan aku habiskan untuk bershopping..hehe.. Ok...esok aku nak pergi jogging.. Mana tahu segala rasa bosan tu akan hilang!!! Huh!!!

Friday, December 4, 2009

Usaha Tangga Kejayaan-Berbaloi-baloi

It's not all about me..
It's about my bestfriend's success
...
Aku bangga punya kawan seperti dia..
Aku selalu called her with IWA... comelkan..hehe..
Semalam aku baru sahaja called dia...
How's her life now in 3rd semester..

Dia kata okay.. Just fine..
tidak sempat aku buka mulut tentang apa-apa dia dah beritahu aku yang dia dah dapat result.. Aku terus tanya "so how??"
Lantas dia jawab Iwa dapat 3.86... OMG... that's great...
Aku sendiri tak dapat nak tandingi result dia..
Aku kagum dengan iwa.. pada asalnya keputusan SPM iwa tidak sebaik mana...
Kalau dibandingkan dia dan aku result aku lebih ok dr dia..
Tetapi kesedaran dia terhadap kejayaan berada dimana-mana sahaja mungkin awal dari aku..
Aku terlewat sedikit untuk berubah..
Walaupun aku tahu kitaorang punya bidang lain..
Tetapi kejayaan tu tetap berada di mana-mana...
Aku tahu selama nih dia betul-betul strunggle untuk dapat result yang gempak nih..
And now it's worth it babe!!!! First aku cakap tahniah..Berbaloi-baloi iwa...
Hrm,now I know that each of the success is always come from us...
the way we are sacrifice our time to
study and the same time we can still can enjoy our life.. Ini akan jadi pembakar semangat untuk aku..
Aku tidak akan berputus asa.. Dan kali nih aku betul-betul nekad untuk berubah..
Berubah bukan demi orang lain tetapi untuk diri aku sendiri...
Now it's a time babe... I need to change myself for a better success in the future..
Mulai saat ini, detik ini 12.36 tengah hari pada 4 December 2009 aku berjanji pada diri aku untuk berubah dan membuat semua ini sebagai pembakar semangat aku...
Ini kali terakhir aku berjanji pada diri aku...
Telah bertahun-tahun aku berjanji seperti ini untuk berubah tetapi aku selalu lalai dan leka dan tidak memperendahkan segala janji ini...
Tetapi kali nih aku betul-betul NEKAD!!!!
Ini akan menjadi bukti dan saksi segala perjanjian aku dengan diri aku sendiri...
Aku yakin aku boleh compete dengan iwa..
Competition yang sihat!!!
Mungkin catatan tulisan ini akan aku baca 1 hari nanti dengan segala kejayaan yang berbaloi-baloi...
Mungkin ada hikmahnya aku berkawan dengan iwa selama ini...
Dan iwa akan menjadi my besftfriend-bestie forever and ever!!!!

p/s: Buat Iwa walaupun Iwa tak dapat baca apa yang Fawah tulis nih, tapi Fawah nak Iwa tahu that I'm really love you and miss you babe.. Anything will happend in the future we are still friends forever and ever.. No one can change our friendship just only God that can separate us with death... And I want you to know that you are now my inspiration to get through all the challenges in this world.
.. I'm really proud of you.. I LOVE YOU AND ALWAYS MISS YOU BABE!!!!!

Thursday, December 3, 2009

Seni Itu Halus-Lantas Kita Harus Memahaminya

Aku pasti semua orang tahu seni itu halus. Kita tidak boleh ditafsir dengan mata kasar. Dan baru-baru ini aku bersama abang dan girlfriendnya pergi menonton filem Karaoke.. Filem ini telah memenangi Award di Cannes Film Festival..Jalan ceritanya menarik..Tetapi bagi abang aku serta buah hatinya, mereka tidak dapat menafsirkan jalan cerita ini...Tetapi pujian mereka turut keluar dari mulut mereka, kata buah hati abang aku, skrip filem nih sempoi gila..Spontan.. bagi abang aku pulak latar belakangnya cukup menarik TETAPI ada beberapa babak terlalu kosong...kosong tanpa dialog...aku boleh tahu dari awal lagi...dalam panggung abang aku sudah sangap beberapa kali.. Ini kerana dia tidak faham jalan cerita filem ini.. Pada mulanya aku pun tidak faham jalan cerita Karaoke nih.. Setelah aku balik, aku berfikir sejenak jalan cerita yang hendak disampaikan.. Ia memakan masa sebenarnya.. Tidak semua boleh ditafsir secara terus.. Mungkin orang yang lambat pick up benda yang tersirat nih.. Apa-apa pun aku salute dekat pelakon serta director filem Karaoke nih... Banyak jugak komen yang mereka dapat daripada tayangan filem nih.. Ada sesetengah yang menonton tidak suka jalan cerita nya.. Kata mereka jalan cerita ini busan dan susah untuk difahami.. Ada pula yang suka jalan cerita ini.. Biarpun susah ditafsir jalan ceritanya tetapi ceritanya cukup menberi pengajaran kepada semua masyarakat.. Ada segelintir juga tidak mahu cerita seperti ini ada dalam industri.. Kata mereka susah ditafsir.. Bagi pendapat Pengarh filem ini mahupun Pelakon filem ini mereka berpuas hati dengan hasil mereka.. Dan mereka berpendapat filem ini harus ada dalam industri kita.. Bukan filem yang penuh dengan hiburan semata-mata..Dan mereka turut bersetuju filem begini bukan makanan penonton rakyat Malaysia...

Bagi pendapat aku filem ini cukup bagus.. Bagus bagi mentaliti rakyat Malaysia yang seharusnya di ubah.. Bukan diskriminasi atau apa.. tetapi ia seharusnya di jadikan iktibar bagi rakyat Malaysia.. Cerita ini menyingkap sebuah kehidupan anak muda yang bernama Betik yang baru sahaja pulang selepas tamat pengajiannya di IPTA - UITM... Betik mahu menebus kesalahannya kerana tidak dapat pulang pada hari pengebumian atau kematiaan bapanya.. Ibu nya memberontak dalam senyap dan meminggirkan Betik.. Pada sangkaan Betik semua situasi di kampungnya masih sama seperti dulu.. Tiada yang berubah.. Sangkaan Betik salah.. Betik telah sesat dalam kampungnya sendiri.. Kehidupan Betik tak ubah seperti sebuah video klip Karaoke.. Perasaan yang dibuat-buat dan diarahkan oleh pengarah..bukan datang dari hati... Semua ini permainan perasaan..

Berbalik pada title di atas SENI ITU HALUS-LANTAS KITA HARUS MEMAHAMINYA.. Aku setuju.. Walaupun seni ini halus tetapi kita harus mentafsirkannya dengan sebaik mungkin.. Tidak kira lah bagaimana kita menafsirkan nya.. Pendapat orang berbeza-beza.. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.. Yang positif dijadikan semangat yang negatif dijadikan pengajaran.. Tidak boleh ignore benda yang negatif.. Kadang-kadang memberi manfaat sebenarnya...