Photobucket

Monday, September 13, 2010

Sayang, Benci - Redha

Pada suatu ketika dulu aku pernah menyayanginya.
Tapi sekarang...
Aku sendiri tidak tahu mengapa dan mengapa perasaan itu hilang.
Mungkin ia cuma hanya seketika.
Sedetik benci itu datang.

Tiada sebab dan musabab yang aku halusi.
Aku biarkan ia pergi.
Aku sayang, sayang dan tidak pernah berhenti sayang.
Tapi semua itu dulu.
Dulu..

Aku cuma manusia biasa.
Tidak cukup sempurna untuk membahagiakan semuanya.
Aku biarkan ia pergi.
Pergi meninggalkan aku keseorangan.

Aku tidak sedih.
Menangis jauh sekali.
Aku tabah menghadapi semua ini.
Ketentuan Ilahi semuanya.
Aku tidak mampu untuk menghalangnya.
Aku redha.

Jauh di sudut hati aku menangis dan menyepi.
Sepi dalam diri aku tangisi.
Tangisnya hanya di dalam hati.
Biar pedih, pedih dilukai.


p/s: Hanya nukilan semata-mata.
      Tidak melibatkan sesiapa disekeliling aku.

Saturday, September 4, 2010

Puasa & Raya

Tiba waktu puasa memang tak sabar sangat-sangat.
Sekarang puasa hampir ke penghujung.
Rasa sedih sangat-sangat.

Bila datang nya Raya, mood Raya masih tak ada lagi.
Aku sendiri tak tahu kenapa.
Kemungkinan aku hanya beraya di Kuantan sahaja.
Tidak pulang ke kampung di Terengganu.
Kemeriahan raya tak ada.

Alhamdullilah, puasa kali aku belajar banyak perkara.
Dari segi ibadat, hukum hakam dan segala-galanya.
Aku bersyukur sangat-sangat .
Sebab, di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa membimbing aku.
Allah telah menganugerahkan aku harta yang tak ternilai.

Doa aku buat sahabat aku tak putus-putus.
Jasa baik mereka akan aku kenang sehingga akhir hayat.
Tiada kata atau ungkapan yang boleh di ukir dari hati ini.

TERIMA KASIH SAHABAT!