Photobucket

Sunday, September 18, 2011

Perjuangan Seterusnya

12 September 2011
Permulaan baru bagi meneruskan perjuangan sekali lagi sebagai seorang pelajar.
Alhamdulillah dapat merasa jadi anak kandung UiTM.
Selama ini jadi "anak tiri" je.

Selama 3 tahun menjadi warga Bangi,
Sekarang baru rasa bersyukur betapa bagusnya KPTM Bangi.
Walaupun ada kekurangan tapi semua tu boleh dilenyapkan dengan perkara yang lebih baik.

Sekarang ini dalam percubaan menyesuaikan diri di Puncak Alam selama 2 tahun.

Memang banyak dugaan dekat Puncak Alam.
Jauh dari bandar.
Jauh dari Pusat Perniagaan.
Jauh dari segala-galanya lah.
Kalau nak cari barang kena ke bandar Meru ataupun Sungai Buloh,
yang memakan masa dalam 15-30 minit.

Tambahan lagi, masih lagi bersyukur berbanding tempat-tempat lain.
Kampus Puncak Alam bagi Fakulti Pengurusan Perniagaan, masih dalam keadaan sistematik.
Harapkan semuanya berjalan dengan lancar.
Bangunan paling belakang itulah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Pejabat yang sekarang ni menjadi Fakulti Pengurusan Perniagaan. 
Tapak pembinaan yang sebelah kiri itu bakal mendirikan bangunan Khas untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan  yang bakal siap pada tahun 2014.
*ok time nih dah kerja, tak sempat nak merasa*

p/s: 
rindukan kawan seperjuangan di Bangi yang teramat sangat. Segala suka dan duka masih dalam ingatan. :'(