Photobucket

Monday, May 9, 2011

Hampir seminggu "maid" lari.
Minda dan badanku belum cukup rehat.
Ditimpa masalah yang tak pernah aku fikirkan.
Aku semakin tertekan.
Cuba melawan perasaan itu sekuat mungkin.

Demam dan selsema yang melanda diriku,
membuatkan aku bertambah tertekan.
Aku perlukan masa untuk berehat.
Merehatkan minda dan juga fizikal ku.

Kebelakangan ini aku tak boleh tidur.
Macam-macam perkara yang aku fikirkan.
Kadang-kadang aku rasa seperti mahu berputus asa
Tapi apa kan daya,
Harus ku lawan kehendak itu.

Ya Allah berikan ku kekuatan.
Menghadapi semua ini.
Berikan aku ketabahan,
Menjalani kehidupan ini.

Sesungguhnya engkau Maha Adil, Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang.