I think it is too late too late to make 2011 resolution.
Apa-apa pun semua nih kira halal lah.
Bermula pada pengakhiran bulan Disember, keluar bersama Zahira.
Macam-macam gossip kita orang cerita.
Ira belanja Meatball dekat Ikea.
Dan tak percaya Farah makan 10 meatballs.
WHAT?
Apa-apa pun thanks Ira.
Kenyang perut Farah.
First time makan meatball dekat Ikea.
Sedap sangat-sangat.
Kita orang pun lepak dekat Starbucks alang-alang menunggu masa pulang.
Aik, macam orang balik kerja.
Sebenarnya tunggu Kak Farah balik kerja,
sebab dah janji nak ambil Kak Farah..
.
.
.
.
.
.
Habislah satu episod dimana tahun tirai 2010 di labuhkan.
Sibuk dengan Semester Baru.
Semester 6!
SENIOR!
Tiada apa yang best.
Yang pasti jadual kelas yang membosankan.
Isnin hingga Rabu kelas Pagi- dan Petang.
Tengah hari tak de kelas!
Maka, macam biasalah bila dah ke petang MENGANTUK!
3 minggu yang pertama teruja.
Sebab banyak project semester nih.
Macam-macam idea mencurah-curah.
Salah satu nya pergi Batu 12 Gombak.
Survey untuk Project Entrepreneur
Mak pun masuk geng!
Masuk minguu ke-4 dah lemah longlai.
Puncanya adalah gastrik menyerang diri-kuh!
Gastrik menyerang hari 23 Januari 2011.
Melarat sehingga 1 Februari 2011.
Hari nih baru ku gagahkan diri untuk sihat.
Alhamdulillah. Aku kembali sihat.
Dalam proses untuk sihat macam-macam cara ikhtiar.
First pergi jumpa doktor dekat Poliklinik UKM.
Tiada perubahan berlaku.
Malah makin teruk.
Ubat dah habis makan.
Bila dah tak tahan sangat telefon abah suruh ambil kt hostel 26 Januari 2011 pukul 11 pagi.
Masa tuh dah tak tahan sangat sakitnya.
Malam tuh memang tak boleh tidur.
Berguling dan bergulung.
Akhirnya ke Pesakit Luar HKL.
Tiada pemeriksaan lanjut doktor terus bagi ubat.
Memang tak puas hati lah.
Mak, kata makan dulu ubat tuh, kalau tak ok jugak esok pergi jumpa doktor Gastrologi.
Maka, hari Khamis 27 Januari 2011 8.30 pagi jumpa la doktor.
Doctor check perut dan dia kata gastrik angin, petang tu jugak doktor suruh buat Endoscope.
Nih la hasil nya.
Dari telan ubat "rasa pisang"
Pengebasan keronkong
Memang sakit sangat.
SERIUS SAKIT!
Dah masuk kamera dalam perut mana tak sakit.
Dengan angin lagi dia masukkan.
MEMANG SAKIT SANGAT-SANGAT!
Semua muntah kuning keluar.
Geli geleman tengok gambar nih.
Macam tak percaya pun ada.
Analisa doktor tak de apa yang luka.
Semua ok.
Lepas habis sesi Endoscope selama 10 minit yang macam " 30 MINIT"
Tekak memang rasa kebas dan berdarah.
Kesan dari wire kamera tu.
Sekarang Alhamdulillah makin sihat.
Syukur sangat-sangat.
Doktor kata kalau tak sihat jugak kena buat "Ultrasound."
Moga-moga sihat lah lepas nih.
Dalam masa 1 bulan nih kena pantang.
Pantang macam orang bersalin.
Yang berminyak-minyak tak boleh makan.
Sayur macam kangkung, taugeh, kobis memang bisa dan sejuk!
Tamat lah cerita untuk 1 Februari 2011.
#Selamat Menyambut Hari Wilayah.