Hidup ini tak pernah lari dari masalah.
Ada sahaja yana datang menyapa.
Itu lah lumrah kehidupan manusia azalinya.
Tiada siapa dapat menghalangnya.
Jangan pernah sesekali kau mengeluh.
Terima sahaja ujian itu dari-Nya.
Pasti ada hikmah yang menanti di hadapan kini.
Aku sentiasa berfikiran positif,
Tapi berfikiran positif itu tidak bermakna sentiasa jauh dari masalah.
Maka berfikiran negatif pula tidak semestinya aku sentiasa dimurungi duka dan lara.
Ia hanya interpretasi diri sahaja,
Aku kini masih mencari-cari jalan arah tujuan.
Biarlah dugaan itu menjadi teman setia.
Menjadikan aku lebih matang dan juga berani jua.
Pada masa akan datang dan kelak pasti.
Hanya kamu yang dapat menentukan segalanya.
Bertafakurlah, bermeditasilah merenung diri kamu sendiri.

