Photobucket

Friday, April 16, 2010

Kekasih sehidup semati ditinggalkan!

Pasti sakit, hati ini ditinggalkan.
Sama ada dalam keadaan rela mahupun terpaksa.
Susah bagi si dia untuk meluahkan kata-kata.
Kecewa, menyesal, tidak terucap dengan seribu bicara.

Menangis, airmata, yang berjurai hanya peneman setia.
Tidak mampu mengucap sebutir kata.
Diam, bisu itu sahaja kudrat yang ada.

Mata menjadi saksi atas segala apa yang terjadi.
Mata sayu melihat pemergian si dia kini.
Redha, pasrah itu sahaja yang mampu ditangisi.
Tiada siapa yang berani menolak takdir dari -Nya kini.

Aku hanya menjadi seorang pelihat pasif.
Melihat apa yang terjadi.
Aku diam, termenung.
Jadikan iktibar bagi aku sendiri.

Sayang kata tinggalkan daku.
Sayang kata jangan pernah tinggalkan aku.
Akhirnya dua-dua pergi meninggal antara satu sama lain.
Menangis mata, hati dan juga rasa.
Tatkala dia dan dia meninggalkan aku jua.



No comments: