
Aku Bosan, aku bosan, aku bosan...bosan sentiasa menyelubungi hidup aku tatkala cuti semester bermula..Mungkin aku sendiri tidak pandai menggunakan masa ini dengan perkara yang berfaedah..Tapi setiap kali aku bangun dari tidur rutin yang biasa aku lakukan..Mengambil tuala dan turun mandi.. Selepas itu akan aku buka tv dan menontonnya dalam beberapa ketika.. Selepas itu aku akan merasa bosan, bosan, bosan.. Kenapa ada perasaan bosan hah!! Aku mati akal, buntu dengan kehidupan selepas habis setiap semester... Pada mula awal cuti semester hidup bagaikan berada di syurga.. Kerana tidak perlu fikirkan assignment, tak perlu fikirkan tentang masalah di kolej dan tak perlu stay up untuk belajar.. Tapi selepas beberapa hari bosan telah menghantui diri aku.. Bukan aku sahaja yang bosan malah abang aku, kawan aku dan semualah yang sekarang ini berstatuskan seorang student. Aku sudah pergi menonton wayang. Aku sudah pergi berjalan-jalan a.k.a window shopping. Aku sudah beriadah dengan bermain boling. Apa lagi yang hendak aku lakukan!!! Bosan-bosan-bosan-bosan-bosan!!!! Kalau lah aku ada banyak duit dan akan aku habiskan untuk bershopping..hehe.. Ok...esok aku nak pergi jogging.. Mana tahu segala rasa bosan tu akan hilang!!! Huh!!!

No comments:
Post a Comment