Photobucket

Sunday, March 14, 2010

Mood~Moody

Sejak aku balik hari Jumaat lepas aku perasan aku moody sangat.
Aku pun tak tahu kenapa.
Hari Sabtu, semalam habis orang dalam rumah ini aku marah.
Mungkin mereka tak perasan.
Tapi aku perasan semua tu.
So, jalan penyelesaian aku keluar bersama keluarga aku dengan relaxkan badan.
Aku buat reflexology and back and neck massage.
Memang best la.
Aku rasa tenang, tapi dalam masa yang sama menahan kesakitan.
Tapi nasib baik aku dah balun Kenny Rogers sebelum tu.
Kalau tak mesti dah tak tahan sakit.
Hari ini pun aku masih dalam keadaan tak ada mood.
Aku tak buka buku pun hari ini.
Banyak lagi kerja nak buat.
MGT la, insurans la, dan macam-macam lagi la.
Hari Khamis ini ada test 2 Business Law.
Banyak fakta yang perlu di hafal.
Bari baca separuh je.
Tapi actually belum separuh lagi.
Baru mukadimah baru.
Tapi akan aku usaha dengan sehabis baik.
Sebab aku tak puas lagi dengan Test 1 aku.
Chaiyok-chaiyok.
Esok aku nak bangun pagi.
Sekarang trend aku balik pagi Isnin ke Bangi.
Malas dah nak balik petang or malam Ahad.
Rasa macam rushing sangat.
Aku nak relax-relax je.
Tak nak gopoh-gopoh.

K la.
Good Night.
Salam.





Friday, March 12, 2010

Ketenangan Hati dan Jiwa

Post hari ini adalah untuk semalam. Semalam aku terlalu penat kerana banyak perkara yang aku lakukan semalam. Tapi buat masa ini aku tidak berani lagi mengeluh kerana aku tahu kalau mengeluh pun tak sampai ke mana pun. Semalam hati aku tenang bercampur sebak dan macam-macam lagi. Aku dapat rasa kan hati aku semalam keras. Sukar untuk menitiskan air mata. Sedangkan dulu senang menitiskan air mata di sebabkan kesedihan.

Semalam aku memperlajari banyak perkara dalam ceremah semalam. Aku tahu aku bukan yang terbaik. Tapo aku sentiasa nak berubah jadi yang baik walaupun bukan dalam kadar yang segera. Aku perlu ingat perubahan itu tidak perlu drastik. Perubahan itu hendaklah dilakukan secara perlahan-lahan. Jangan terlalu tamak untuk berubah dengan segera. Seperti Maggi Segera, walaupun senang mudah dan cepat tapi Maggi tu cepat kembang. Kalau dah kembang dah tak sedap nak makan. Maka janganlah melakukan perubahan yang drastik. Buat secara berperingkat-peringkat. Segala perubahan hanyalah mengikut kemampuan dan keupayaan seseorang itu.

Dan aku hanya berfikir tentang kawan-kawan aku yang sekarang ini menghadapi saat yang sukar. Aku tidak mampu membuat apa-apa. Aku hanya mampu mendengar dan melihat sahaja tingkah laku mereka. Aku tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak. Aku tidak mahu jadi berat sebelah. Aku tak mahu merosakkan persahabatan yang terjalin selama 1 setengah tahun. Aku hanya mampu berdoa agar persahabatan ini sentiasa tenang dihindari dari masalah. Aku harus bersabar. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini. Bersabar la.





Wednesday, March 10, 2010

Akhirnya Mereka Tewas

Hari ini aku akan bercerita tentang masalah orang lain yang di ceritakan pada aku. Masalah mereka agak besar. Sebab melibatkan hati dan perasaan. Dan aku hanya pasti, bahawa aku tidak akan masuk campur dalam hal mereka. Aku tak nak jadi orang yang bertalam dua muka.

Mereka tewas dalam kata sepakat, kesepaduan dan kerjasama. Bukan membangga diri atau apa, cuma aku sudah dapat agak bahawa perkara seperti ini akan berlaku. Pasti ada kacau bilau. Bila seseorang itu berubah maka yang lain pun turut berubah. Berubah ke arah kebaikan tidak mengapa. Tapi berubah ke arah yang kurang menyenangkan. Bukan nak kata mereka nih tidak baik. Tidak semua manusia sempurna kan? Pasti ada cacat cela nya. Pada aku masalah mereka hanya terdapat "miss communication" sahaja. Tapi ada yang cuba memperbesarkan masalah ini.

Aku hanya menjadi pendengar yang pasif. Yang mendengar dan memberi nasihat jika perlu. Dan pada pendapat aku, mereka seharusnya bersua muka untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin untuk menyatakannya amat mudah. Untuk melakukannya aku tahu amat payah. Dan aku pernah mengalaminya. Tidak aku nafikan. Sukar membuar semua menjadi nyata. Melainkan ada niat dan usaha.

Aku hanya mampu mendoakan mereka persahabatan mereka kembali pulih sediakala. Masa kan masalah yang berpuluh-puluh tahun boleh di selesaikan, ini kan pula masalah yang hanya berlaku dalam masa dua minggu. Pasti ada jalan penyelesaian.

FRIENDS FOREVER!


Sunday, February 28, 2010

Friend sometime can hurt you!

Some people say that don't take it too serious what your friend said about you.
Take it easy.
Take it cool.

I'm happy for her happiness,
I'm happy for her joy,
I'm happy for her achievement.

She never know what I feel.
Yeah,it's true I have hurt your feeling.
But somehow I never mean to do that.
Hope you will forgive me.
 
Hope this never break our good relationship.
I love you so much.


Insani

Manusia tetap manusia.Pasti melakukan kesalahan walaupun apa pun jua. Aku hidup diselubungi masalah orang lain dan bagi aku kadang-kadang hidup aku untuk mendengar masalah mereka dan menjadi panduan bagi hidup aku. Hari ini aku terlalu memikirkan tentang kehidupan seorang anak yang lahirnya mereka di bumi ini bukan kehendak mereka. Dan aku harap kamu semua faham apa maksud aku. Mereka berhak hidup seperti orang lain. Kenapa perlu ada diskriminasi pada mereka. Dan lagi 1 aku tidak faham kenapa lelaki selalu mendiskriminasi kaum wanita yang telah menjadi mangsa lelaki berhatikan binatang. Tetapi bila lelaki itu sudah hilang "teruna" dan masih lagi boleh menuntut kasih dan belas kasihan dari bekas kekasih. Tidak pernah kamu semua malu dengan perbuatan kamu itu. Cuba rasakan bagaimana kaum wanita didiskriminasikan hanya lelaki jahanam.

Hari ini aku juga baru tahu masih ada lagi wanita yang boleh belum terima kepahitan yang telah berlaku dalam hidup mereka. Aku faham bukan senang untuk hilangkan semua itu. Bukan berhari malah bertahun-tahun untuk menghilangkan noktah hitam dalam diri mereka. Tapi aku hanya mahukan wanita zaman kini menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah dalam mengharungi hidup yang semakin lama semakin rosak ini. Percayalah masa hadapan pasti ada chaya yang menerangi jalan kamu semua.
Janganlah jadikan mereka hamba. 
Janganlah dera mereka. 
Janganlah jadikan mereka kuli.
Aku harap mereka menerima qada' dan qadar Tuhan ini dengan redha dan pasrah. Janganlah kamu membenci zuriat kamu itu. Sayangilah mereka selagi mereka masih hidup di muka bumi ini. Jadikan lah ini sebagai pengajaran dan tauladan bagi yang lain. Walaupun untuk mengucapkan semua ini adalah amat mudah tapi untuk melaksanakan nya hanya Tuhan sahaja tahu. Aku mahukan masyarakat kini jangan lah kamu semua mendiskriminasi kaum-kaun ini. Fahamilah mereka. Sayangilah mereka seperti orang lain. Mereka masih punyai hati dan perasaan. Hanya menumpang kasih sayang setiap insan bagi menceriakan hati mereka yang pada asalnya sudah terluka.
 


 
Mungkin kita tidak sedar bahawa generasi-generasi inilah yang bakal menwarnai dunia ini. Berikan mereka peluang untuk hidup seperti manusia lain.