Post hari ini adalah untuk semalam. Semalam aku terlalu penat kerana banyak perkara yang aku lakukan semalam. Tapi buat masa ini aku tidak berani lagi mengeluh kerana aku tahu kalau mengeluh pun tak sampai ke mana pun. Semalam hati aku tenang bercampur sebak dan macam-macam lagi. Aku dapat rasa kan hati aku semalam keras. Sukar untuk menitiskan air mata. Sedangkan dulu senang menitiskan air mata di sebabkan kesedihan.
Semalam aku memperlajari banyak perkara dalam ceremah semalam. Aku tahu aku bukan yang terbaik. Tapo aku sentiasa nak berubah jadi yang baik walaupun bukan dalam kadar yang segera. Aku perlu ingat perubahan itu tidak perlu drastik. Perubahan itu hendaklah dilakukan secara perlahan-lahan. Jangan terlalu tamak untuk berubah dengan segera. Seperti Maggi Segera, walaupun senang mudah dan cepat tapi Maggi tu cepat kembang. Kalau dah kembang dah tak sedap nak makan. Maka janganlah melakukan perubahan yang drastik. Buat secara berperingkat-peringkat. Segala perubahan hanyalah mengikut kemampuan dan keupayaan seseorang itu.
Dan aku hanya berfikir tentang kawan-kawan aku yang sekarang ini menghadapi saat yang sukar. Aku tidak mampu membuat apa-apa. Aku hanya mampu mendengar dan melihat sahaja tingkah laku mereka. Aku tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak. Aku tidak mahu jadi berat sebelah. Aku tak mahu merosakkan persahabatan yang terjalin selama 1 setengah tahun. Aku hanya mampu berdoa agar persahabatan ini sentiasa tenang dihindari dari masalah. Aku harus bersabar. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini. Bersabar la.

No comments:
Post a Comment