Mereka tewas dalam kata sepakat, kesepaduan dan kerjasama. Bukan membangga diri atau apa, cuma aku sudah dapat agak bahawa perkara seperti ini akan berlaku. Pasti ada kacau bilau. Bila seseorang itu berubah maka yang lain pun turut berubah. Berubah ke arah kebaikan tidak mengapa. Tapi berubah ke arah yang kurang menyenangkan. Bukan nak kata mereka nih tidak baik. Tidak semua manusia sempurna kan? Pasti ada cacat cela nya. Pada aku masalah mereka hanya terdapat "miss communication" sahaja. Tapi ada yang cuba memperbesarkan masalah ini.
Aku hanya menjadi pendengar yang pasif. Yang mendengar dan memberi nasihat jika perlu. Dan pada pendapat aku, mereka seharusnya bersua muka untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin untuk menyatakannya amat mudah. Untuk melakukannya aku tahu amat payah. Dan aku pernah mengalaminya. Tidak aku nafikan. Sukar membuar semua menjadi nyata. Melainkan ada niat dan usaha.
Aku hanya mampu mendoakan mereka persahabatan mereka kembali pulih sediakala. Masa kan masalah yang berpuluh-puluh tahun boleh di selesaikan, ini kan pula masalah yang hanya berlaku dalam masa dua minggu. Pasti ada jalan penyelesaian.
FRIENDS FOREVER!


No comments:
Post a Comment