Photobucket

Wednesday, March 24, 2010

Cinta, Zina, Cinta, Zina

Hari ini aku punyai masa yang lapang. Maka aku habiskan dengan membaca majalah Utopia, dan majalah agama edaran kelab insaniah kolej ku. Apa yang aku baca? Aku baca mengenai jauhi zina. Zina adalah perkara yang dibenci Allah. Seperti ayat di dalam Kitab Suci Al-Quran "Jangan lah kamu hampiri zina". Sekarang aku sudah bersetuju kenapa couple itu haram. Dan aku sudah boleh menerima semua itu. Kerana apa, kerana aku sudah mulai tersentuh dengan komik yang di edarkan oleh kelab insaniah. Ceritanya sangat indah pada permulaannya tapi menjadi 1 titik sedih tatkala seorang laki melepaskan percintaanya. Dia hanya bergantung pada Allah untuk menentukan segala jodohnya bersama siapa. Dia mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik. Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi hidayah oleh Allah untuk membimbing aku ke jalan yang benar. Tak perlulah aku terhegeh-hegeh mencari cinta. Kerana cinta itu sudah ditakdirkan oleh Allah untuk kita. Rebutlah cinta Allah dahulu sebelum merebut cinta manusia. Cinta manusia itu melalaikan. Aku percay satu hari nanti aku diberi jodoh yang sesuai dengan diri ku.



Aku mahu hindar dari zina hati
aku mahi hindar dari zina kaki dan tangan
aku mahu hindar dari zina mulut
dan aku mahu hindar dari zina mata

aku masih perluka petunjukMu ya Allah.
Berikanlah petunjuk Mu.
Supaya aku tidak terumbang-ambing di lautan yang penuh dosa ini.
Bimbinglah aku supaya menjadi manusia yang taat pada Kamu, dan juga ibu bapaku.




No comments: