Hari ini aku juga baru tahu masih ada lagi wanita yang boleh belum terima kepahitan yang telah berlaku dalam hidup mereka. Aku faham bukan senang untuk hilangkan semua itu. Bukan berhari malah bertahun-tahun untuk menghilangkan noktah hitam dalam diri mereka. Tapi aku hanya mahukan wanita zaman kini menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah dalam mengharungi hidup yang semakin lama semakin rosak ini. Percayalah masa hadapan pasti ada chaya yang menerangi jalan kamu semua.
Janganlah jadikan mereka hamba.
Janganlah dera mereka.
Janganlah jadikan mereka kuli.
Aku harap mereka menerima qada' dan qadar Tuhan ini dengan redha dan pasrah. Janganlah kamu membenci zuriat kamu itu. Sayangilah mereka selagi mereka masih hidup di muka bumi ini. Jadikan lah ini sebagai pengajaran dan tauladan bagi yang lain. Walaupun untuk mengucapkan semua ini adalah amat mudah tapi untuk melaksanakan nya hanya Tuhan sahaja tahu. Aku mahukan masyarakat kini jangan lah kamu semua mendiskriminasi kaum-kaun ini. Fahamilah mereka. Sayangilah mereka seperti orang lain. Mereka masih punyai hati dan perasaan. Hanya menumpang kasih sayang setiap insan bagi menceriakan hati mereka yang pada asalnya sudah terluka. Mungkin kita tidak sedar bahawa generasi-generasi inilah yang bakal menwarnai dunia ini. Berikan mereka peluang untuk hidup seperti manusia lain.



No comments:
Post a Comment