Hari ini hari kedua Chinese New Year. Sepatutnya aku keluar dengan bestie aku. Tapi di sebabkan banyak gila kerja tertangguh terpaksa aku korban. Walaupun aku turut sakit dengan keputusan aku, tetapi aku terpaksa akur dengan itu. Lain kali Ira. Maafkan Fawah. Fawah dah banyak kali mungkir janji dengan Ira. But this time I really need to sacrifice my time to fulfill the loads of work.
Sebenarnya aku nak bercerita tentang apa yang ada dalam heading title dekat atas tu. Otak terbantut. Otak aku sekarang seperti terbantut. Aku dah tak boleh fikir secara meluas dan aku dah kekurangan idea. Semua idea aku adalah "sampah". Sebab apa aku katakan "sampah", sebab aku dah tak boleh bagi idea yang bernas mahupun berfikir sesuatu dalam prospek yang lebih terbuka. Aku sendiri tak tau kenapa. Aku rasa aku duduk dalam bawah tempurung kepala. Macam mana nak bagi idea bernas pun aku tak tahu. Kalau dulu aku boleh berkarya mahupun dari segi penulisan puisi mahupun cerpen. Tapi sekarang aku cukup tandus dengan semua itu. Kalau dulu sebulan aku boleh menghasilkan dua atau tiga puisi untuk memotivasikan diri aku. Tapi sekarang tidak lagi. Apa nak jadi dengan aku nih. Bagaimana hendak ku pulangkan kekayaan ilmu dalam diri aku nih. Aku cukup buntu. Membaca, atau apa sahaja yang boleh membuatkan minda aku lebih terbuka. Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa pandang kehadapan.
Aku sendiri perlukan melakukan perubahan itu.
Aku perlu berusaha untuk perubahan itu.
Aku perlukan tenaga untuk perubahan itu.
Aku perlukan masa untuk perubahan itu.
Aku perlukan bahan untuk perubahan itu.
Aku perlukan petunjuk untuk perubahan itu.
Aku perlukan ketua untuk perubahan itu.
Perubahan bagi aku, perubahan yang positif.
Aku mahu kan ia dalam kadar segera.
Tapi aku cukup sedar ianya tidak mungkin.
Kemungkinan sungguh jauh.
Ia makan masa.
Dan aku tahu semua itu.
Sabar, Sabar, Sabar.
Pasti 1 hari nanti aku akan dapat kembali kenikmatan itu.
Pasti, Pasti, Pasti.

No comments:
Post a Comment