Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

Berminggu-minggu tak produktif

Hampir tiga minggu tak produktif.
Ini semua gara-gara sakit.
Bukan menyalahkan takdir Tuhan,
cuma benci diri sendiri yang tak mampu melawan.

Rasa bersalah menyelubungi diri.
Tugasan yang harus disiapkan tertangguh.
Untung masih punya kawan yang membantu.
Namun rasa serba salah tetap menyelubungi sepanjang masa.

Makan masa untuk pulih sepenuhnya.
Tiada kata diucap melainkan kata maaf.

Maaf kerana diri-kuh tidak berguna buat masa 3 minggu ini.
Mungkin akan berlarutan.
Pinta-kuh berikan daku masa untuk pulih.
:(


Tuesday, February 1, 2011

WELCOME 2011 and 1 FEBRUARY 2011

I think it is too late too late to make 2011 resolution. 
Apa-apa pun semua nih kira halal lah.

Bermula pada pengakhiran bulan Disember, keluar bersama Zahira.
Macam-macam gossip kita orang cerita.
Ira belanja Meatball dekat Ikea.
Dan tak percaya Farah makan 10 meatballs. 
WHAT?
Apa-apa pun thanks Ira.
Kenyang perut Farah.
First time makan meatball dekat Ikea.
Sedap sangat-sangat.

Kita orang pun lepak dekat Starbucks alang-alang menunggu masa pulang.
Aik, macam orang balik kerja.
Sebenarnya tunggu Kak Farah balik kerja,
sebab dah janji nak ambil Kak Farah..

.
.
.
.
.
.

Habislah satu episod dimana tahun tirai 2010 di labuhkan.
Sibuk dengan Semester Baru.
Semester 6!
SENIOR!
Tiada apa yang best.
Yang pasti jadual kelas yang membosankan.
Isnin hingga Rabu kelas Pagi- dan Petang.
Tengah hari tak de kelas!
Maka, macam biasalah bila dah ke petang MENGANTUK!


3 minggu yang pertama teruja.
Sebab banyak project semester nih.
Macam-macam idea mencurah-curah.
Salah satu nya pergi Batu 12  Gombak.
Survey untuk Project Entrepreneur

Mak pun masuk geng!


Masuk minguu ke-4 dah lemah longlai.
Puncanya adalah gastrik menyerang diri-kuh!
Gastrik menyerang hari 23 Januari 2011.
Melarat sehingga 1 Februari 2011.
Hari nih baru ku gagahkan diri untuk sihat.
Alhamdulillah. Aku kembali sihat.
Dalam proses untuk sihat macam-macam cara ikhtiar.
First pergi jumpa doktor dekat Poliklinik UKM.
Tiada perubahan berlaku.
Malah makin teruk.
Ubat dah habis makan.

Bila dah tak tahan sangat telefon abah suruh ambil kt hostel 26 Januari 2011 pukul 11 pagi.
Masa tuh dah tak tahan sangat sakitnya.
Malam tuh memang tak boleh tidur.
Berguling dan bergulung.
Akhirnya ke Pesakit Luar HKL.
Tiada pemeriksaan lanjut doktor terus bagi ubat.
Memang tak puas hati lah.
Mak, kata makan dulu ubat tuh, kalau tak ok jugak esok pergi jumpa doktor Gastrologi.

Maka, hari Khamis 27 Januari 2011 8.30 pagi jumpa la doktor.
Doctor check perut dan dia kata gastrik angin, petang tu jugak doktor suruh buat Endoscope.
Nih la hasil nya.


Dari telan ubat "rasa pisang"
Pengebasan keronkong
Memang sakit sangat.
SERIUS SAKIT!
Dah masuk kamera dalam perut mana tak sakit.
Dengan angin lagi dia masukkan.
MEMANG SAKIT SANGAT-SANGAT!
Semua muntah kuning keluar.

Geli geleman tengok gambar nih.
Macam tak percaya pun ada.
Analisa doktor tak de apa yang luka. 
Semua ok.
Lepas habis sesi Endoscope selama 10 minit yang macam " 30 MINIT"
Tekak memang rasa kebas dan berdarah.
Kesan dari wire kamera tu.



Sekarang Alhamdulillah makin sihat.
Syukur sangat-sangat.
Doktor kata kalau tak sihat jugak kena buat "Ultrasound."
Moga-moga sihat lah lepas nih.

Dalam masa 1 bulan nih kena pantang.
Pantang macam orang bersalin.
Yang berminyak-minyak tak boleh makan.
Sayur macam kangkung, taugeh, kobis memang bisa dan sejuk!

Tamat lah cerita untuk 1 Februari 2011.

#Selamat Menyambut Hari Wilayah.


Friday, January 21, 2011

Thursday, December 23, 2010

|Pagi 2|

Jam pukul 2 pagi.
Mata masih cerah.
Fikiran makin malap.
Hanya memikirkan masa untuk tidur sekarang.
Melawan kata hati, mata dan akal.

Tangan masih menurut kata akal fikiran ku.
Mengetuk-ngetuk papan kekunci agar bergerak laju.
Hah! Apa yang aku karut kan ini.
Hanya omongan kosong tidak membawa erti.

Sayu bunyi kipas seperti emosi ku.
Sejuknya mengetap seluruh tubuh ku.
Melihat sisi monitor yang cerah ini.
Argggghhh! Apa yang harus ku karutkan lagi
Cukup! Sudah lah! Berhenti kamu di sini!

Monday, December 20, 2010

Tetamu itu rezeki

Semenjak Mak Ki ada dekat rumah kunjungan sanak saudara tak putus-putus. Bahkan yang jauh dari Utara, Timur dan Selatan turut turun menjenguk Mak Ki dekat sini. Alhamdulillah. Rata-rata dari mereka duduk jauh. Kebetulan cuti sekolah. Mak Ki gembira lihat ramai orang yang datang, sekali-sekala Mak Ki menangis, tidak tahu sama ada gembira mahupun sedih.

Aku tak menang tangan melayan tetamu yang tak putus-putus. Dalam sehari kettle air diguna hampir 3 hingga 4 kali untuk masak air. Makanan jangan cakap la. Pelbagai jenis kek dihidang. Kek pisang la, kek marble la, kek oren la semua la.. Habis semua. Waktu malam pula, kalau ada masa mak  masak nasi untuk makan malam bersama-sama. Jika tidak, nampak gayanya membeli lah di luar.

Aku bukan merungut atau apa, biasalah kadang-kala emosi tak stabil gara-gara stomach cramps malam Jumaat. Terus pagi Sabtu tak de mood. The whole day hari Sabtu tu tak de mood langsung. Buat semua benda tak kena. Sakit kepala, sakit perut, sakit pinggang semua sakit lah.

Abah dah noticed perangai Yaya nih. Dia diam je. Yaya take it cooL. Lama-lama semua yang tunggang-langgang jadi stabil semula. Memang kepenatan lah hari Sabtu tuh. Dari pagi sampai malam ada tetamu. Tetamu terakhir balik dalam pukul 11. Pheeewww... Penat memang penat.

Tapi tak pe la. Orang kata, "tetamu yang datang rumah kita ni rezeki". Satu kewajipan bagi kita untuk melayan tetamu sebaik nya. Dan kewajipan bagi setiap orang Islam menziarahi orang yang sedang sakit. Mungkin tetamu yang datang ini boleh jadi ubat kepada orang yang sedang sakit. Sekarang Mak Ki semakin pulih. Cuma sekarang dia dah tak nak makan bubur nasi. Ye la mana tak muak hari-hari bubur nasi. Tapi itu sahaja makanan tengah hari dan malam Mak Ki = Bubur Nasi.