Semenjak Mak Ki ada dekat rumah kunjungan sanak saudara tak putus-putus. Bahkan yang jauh dari Utara, Timur dan Selatan turut turun menjenguk Mak Ki dekat sini. Alhamdulillah. Rata-rata dari mereka duduk jauh. Kebetulan cuti sekolah. Mak Ki gembira lihat ramai orang yang datang, sekali-sekala Mak Ki menangis, tidak tahu sama ada gembira mahupun sedih.
Aku tak menang tangan melayan tetamu yang tak putus-putus. Dalam sehari kettle air diguna hampir 3 hingga 4 kali untuk masak air. Makanan jangan cakap la. Pelbagai jenis kek dihidang. Kek pisang la, kek marble la, kek oren la semua la.. Habis semua. Waktu malam pula, kalau ada masa mak masak nasi untuk makan malam bersama-sama. Jika tidak, nampak gayanya membeli lah di luar.
Aku bukan merungut atau apa, biasalah kadang-kala emosi tak stabil gara-gara stomach cramps malam Jumaat. Terus pagi Sabtu tak de mood. The whole day hari Sabtu tu tak de mood langsung. Buat semua benda tak kena. Sakit kepala, sakit perut, sakit pinggang semua sakit lah.
Abah dah noticed perangai Yaya nih. Dia diam je. Yaya take it cooL. Lama-lama semua yang tunggang-langgang jadi stabil semula. Memang kepenatan lah hari Sabtu tuh. Dari pagi sampai malam ada tetamu. Tetamu terakhir balik dalam pukul 11. Pheeewww... Penat memang penat.
Tapi tak pe la. Orang kata, "tetamu yang datang rumah kita ni rezeki". Satu kewajipan bagi kita untuk melayan tetamu sebaik nya. Dan kewajipan bagi setiap orang Islam menziarahi orang yang sedang sakit. Mungkin tetamu yang datang ini boleh jadi ubat kepada orang yang sedang sakit. Sekarang Mak Ki semakin pulih. Cuma sekarang dia dah tak nak makan bubur nasi. Ye la mana tak muak hari-hari bubur nasi. Tapi itu sahaja makanan tengah hari dan malam Mak Ki = Bubur Nasi.

No comments:
Post a Comment