Photobucket

Friday, February 26, 2010

You Must Believe in First Instinct

Hari Selasa lepas aku telah mengalami kekecewaan yang bagi aku amat dalam. It's all about quiz. Yea, it's true it just a quiz. But for me this is important because at this time you can score more than you expect. Tapi aku selalu pegang pada prinsip ini, masa jawab periksa jangan ubah jawapan. Sebab jawapan yang pertama itu adalah jawapan yang terbaik. Dan kali ini dia betul-betul membuatkan aku kecewa. Aku dah pasti dan yakin dengan jawapan tu tapi aku ubah sebab aku rasa seperti ada yang tak kena. Sebagai balasan aku yang terima padah nya. Lepas ini aku akan ingat benda ini sampai bila-bila. Aku tak kan ulangi kesilapan yang sama. Belajar dari kesilapan membuat kita lebih matang. Kesilapan membuatkan kita sentiasa berfikiran di hadapan dan hanya toleh ke belakang untuk menjadikan ia 1 pengajaran. Lagi 1 instinct pertama tu la seharusnya kita percaya. Jangan ragu-ragu lagi. Biarkan ia. Sekarang aku telah pulih dari kekecewaan dan aku jadikan ini sebagai 1 semangat untuk buat yang terbaik pada masa akan datang.

Believe in yourself and always believe that first instinct is always true.

Sunday, February 21, 2010

A day with my beloved bestie and sister in law+niece

Mungkin tidak tepat pada jam 12 tengah hari aku keluar untuk berjumpa dengan my bestie. 
Turut serta kakak ipar dan anak saudaraku yang sungguh comel-comel nakal tu. 
Puas hari ini aku berkejaran dengan dia. 
Payah betul dengan budak ini. 
Suka sangat lari. 
Hilang berat aku hari ini. 
Kurus sekejap! 
Ira minta pertolangan aku untuk assignment dia. 
Dia memerlukan kanak-kanak lebih kurang 2 tahun untuk dijadikan rujukan. 
Jadi aku pun bawa Damia bersama. 
Dia observe behaviour Damia dan catat setiap behaviour Damia. 
Ira juga membuat sedikit temubual bersama ibu Damia untuk tanya dengan lebih detail. 
Selebih nya aku berjalan-jalan dengan Damia. 
Macam biasa la budak mana yang tak buat perangai kan. 
Semua benda dia nak. 
Layan je la. 
Satu-satu buat masa ini, anak saudara aku.

Selepas Ira selesai buat pemerhatian ke atas Damia,
aku dan kakak ipar ke destinasi seterusnya.
Singgah sebentar di rumah member kakak ipar.
Kebetulan baru tiga hari melahirkan anak.
Alahai,comelnya anak dia.
Kecik tapi rambut dia jangan cakap la.
Cukup lebat.
Tapi sayang dia masih kecil.
Maka tak ada gambar dia.
Maybe next time akan aku selitkan gambar dia dekat sini.

Last but not least, hari yang bermakna.
Walaupun letih, dalam detik yang sama aku cukup gembira.
Tapi 1 masalah lagi dalam kepala otak aku.
Mungkin ia makan masa sedikit.
Sabar, sabar, sabar.



My Niece (budget comel)
"hehe"

Friday, February 19, 2010

Meet my old school mate..

Penceritaan ini harus dilakukan semalam. Tapi disebabkan terlalu letih dan penat mengadap komputer semalaman, tangan aku turut letih hendak melakarkan nukilan di sini.

Tapi hari aku punyai lebihan waktu, lantas tertulis lah apa yang ada pada hari ini. Aku semalam lepak-ing dengan kawan lama aku. Satu sekolah dengan aku waktu aku Form 1 and 2. We both quite a good friend. Tapi disebabkan kesibukan masing-masing kami dah lama tak jumpa. Semalam terdetik di hatinya nak bertemu empat mata dengan aku. Aku pun ambil peluang ini untuk berkongsi cerita dan hilangkan stress dengan melihat dunia luar. Ya la, aku dah terperuk dalam rumah selama 4 hari. Tak keluar-keluar. Pemalas juga aku nih..

Kami hanya berkongsi cerita-cerita "hot". Gossip Girls. Berkongsi tentang pelajaran, kawan-kawan dan story aktiviti member-member lama. Aku pun agak pending la kalau dia bercerita tentang seseorang nih. Ya la, sejarah aku dekat Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru tu berapa lama sangat. Dua tahun je. Nak di bandingkan sejarah aku dekat Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lama la sikit dari nak dibandingkan dengan DE. 2 tahun versus 3 tahun. Maka 3 tahun la menang.

Kami tak berbual panjang pun. Sekadar minum 1 gelas air. Sampaikan owner restaurant tu marah dekat aku and kawan aku sebab duduk lama-lama pastu minum air je. Maaf ya owner. Kami punya suka lah. Kami kan pelanggan. And customer always right. Dan aku harapkan persahabatan kami akan kekal lama. Sampai bila-bila. Aku sayang mereka seperti mana aku sayang kawan-kawan aku yang lain.

Inilah picture kawan aku yang lama aku tak jumpa.
 
Comel kan.
Nur Shuhadah Khalil


Thursday, February 18, 2010

It's easy to make a promise but it's hard to....

Betul lah kata pepatah bila masa kita gembira pasti kita akan selalu tabur janji. Tapi bila dah sampai masa nya macam-macam alasan yang kita bagi. Sekarang ini aku seperti takut nak tabur janji. Takut aku tak dapat nak penuhi semua itu.
Sekarang aku serba salah dengan my bestie. Ialah aku dah janji dengan dia nak keluar masa cuti mid term nih. Tapi tidak berpeluang. Kerja menimbun-nimbun. Hair Selasa lepas baru aku start buat semua tuh. Tapi macam biasa lah kalau time nak buat tuh macam-macam halangan. Aku pending kejap la. Aku sakit perut la. Dan tak boleh nak tahan mengantuk tahap teet!!! Ia la kalau dah makan banyak jawab nya lena la aku. Vitamin M dalam badan aku dah banyak sangat nih. Dah kena ambil banyak Vitamin R plak.

Aku bukan sengaja mungkir janji. Tapi disebabakan hal-hal tertentu membuatkan aku tangguh semua tu. Aku tahu kawan aku tu tengah "have a bad times now" and she need me now. But I can't.

Hope she will understand. I will catch her up soon.


Tuesday, February 16, 2010

otak terbantut

Hari ini hari kedua Chinese New Year. Sepatutnya aku keluar dengan bestie aku. Tapi di sebabkan banyak gila kerja tertangguh terpaksa aku korban. Walaupun aku turut sakit dengan keputusan aku, tetapi aku terpaksa akur dengan itu. Lain kali Ira. Maafkan Fawah. Fawah dah banyak kali mungkir janji dengan Ira. But this time I really need to sacrifice my time to fulfill the loads of work.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang apa yang ada dalam heading title dekat atas tu. Otak terbantut. Otak aku sekarang seperti terbantut. Aku dah tak boleh fikir secara meluas dan aku dah kekurangan idea. Semua idea aku adalah "sampah". Sebab apa aku katakan "sampah", sebab aku dah tak boleh bagi idea yang bernas mahupun berfikir sesuatu dalam prospek yang lebih terbuka. Aku sendiri tak tau kenapa. Aku rasa aku duduk dalam bawah tempurung kepala. Macam mana nak bagi idea bernas pun aku tak tahu. Kalau dulu aku boleh berkarya mahupun dari segi penulisan puisi mahupun cerpen. Tapi sekarang aku cukup tandus dengan semua itu. Kalau dulu sebulan aku boleh menghasilkan dua atau tiga puisi untuk memotivasikan diri aku. Tapi sekarang tidak lagi. Apa nak jadi dengan aku nih. Bagaimana hendak ku pulangkan kekayaan ilmu dalam diri aku nih. Aku cukup buntu. Membaca, atau apa sahaja yang boleh membuatkan minda aku lebih terbuka. Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa pandang kehadapan.

Aku sendiri perlukan melakukan perubahan itu.
Aku perlu berusaha untuk perubahan itu.
Aku perlukan tenaga untuk perubahan itu.
Aku perlukan masa untuk perubahan itu.
Aku perlukan bahan untuk perubahan itu.
Aku perlukan petunjuk untuk perubahan itu.
Aku perlukan ketua untuk perubahan itu.

Perubahan bagi aku, perubahan yang positif.
Aku mahu kan ia dalam kadar segera.
Tapi aku cukup sedar ianya tidak mungkin.
Kemungkinan sungguh jauh.
Ia makan masa.
Dan aku tahu semua itu.
Sabar, Sabar, Sabar.
Pasti 1 hari nanti aku akan dapat kembali kenikmatan itu.
Pasti, Pasti, Pasti.