Photobucket

Thursday, February 18, 2010

It's easy to make a promise but it's hard to....

Betul lah kata pepatah bila masa kita gembira pasti kita akan selalu tabur janji. Tapi bila dah sampai masa nya macam-macam alasan yang kita bagi. Sekarang ini aku seperti takut nak tabur janji. Takut aku tak dapat nak penuhi semua itu.
Sekarang aku serba salah dengan my bestie. Ialah aku dah janji dengan dia nak keluar masa cuti mid term nih. Tapi tidak berpeluang. Kerja menimbun-nimbun. Hair Selasa lepas baru aku start buat semua tuh. Tapi macam biasa lah kalau time nak buat tuh macam-macam halangan. Aku pending kejap la. Aku sakit perut la. Dan tak boleh nak tahan mengantuk tahap teet!!! Ia la kalau dah makan banyak jawab nya lena la aku. Vitamin M dalam badan aku dah banyak sangat nih. Dah kena ambil banyak Vitamin R plak.

Aku bukan sengaja mungkir janji. Tapi disebabakan hal-hal tertentu membuatkan aku tangguh semua tu. Aku tahu kawan aku tu tengah "have a bad times now" and she need me now. But I can't.

Hope she will understand. I will catch her up soon.


Tuesday, February 16, 2010

otak terbantut

Hari ini hari kedua Chinese New Year. Sepatutnya aku keluar dengan bestie aku. Tapi di sebabkan banyak gila kerja tertangguh terpaksa aku korban. Walaupun aku turut sakit dengan keputusan aku, tetapi aku terpaksa akur dengan itu. Lain kali Ira. Maafkan Fawah. Fawah dah banyak kali mungkir janji dengan Ira. But this time I really need to sacrifice my time to fulfill the loads of work.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang apa yang ada dalam heading title dekat atas tu. Otak terbantut. Otak aku sekarang seperti terbantut. Aku dah tak boleh fikir secara meluas dan aku dah kekurangan idea. Semua idea aku adalah "sampah". Sebab apa aku katakan "sampah", sebab aku dah tak boleh bagi idea yang bernas mahupun berfikir sesuatu dalam prospek yang lebih terbuka. Aku sendiri tak tau kenapa. Aku rasa aku duduk dalam bawah tempurung kepala. Macam mana nak bagi idea bernas pun aku tak tahu. Kalau dulu aku boleh berkarya mahupun dari segi penulisan puisi mahupun cerpen. Tapi sekarang aku cukup tandus dengan semua itu. Kalau dulu sebulan aku boleh menghasilkan dua atau tiga puisi untuk memotivasikan diri aku. Tapi sekarang tidak lagi. Apa nak jadi dengan aku nih. Bagaimana hendak ku pulangkan kekayaan ilmu dalam diri aku nih. Aku cukup buntu. Membaca, atau apa sahaja yang boleh membuatkan minda aku lebih terbuka. Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa pandang kehadapan.

Aku sendiri perlukan melakukan perubahan itu.
Aku perlu berusaha untuk perubahan itu.
Aku perlukan tenaga untuk perubahan itu.
Aku perlukan masa untuk perubahan itu.
Aku perlukan bahan untuk perubahan itu.
Aku perlukan petunjuk untuk perubahan itu.
Aku perlukan ketua untuk perubahan itu.

Perubahan bagi aku, perubahan yang positif.
Aku mahu kan ia dalam kadar segera.
Tapi aku cukup sedar ianya tidak mungkin.
Kemungkinan sungguh jauh.
Ia makan masa.
Dan aku tahu semua itu.
Sabar, Sabar, Sabar.
Pasti 1 hari nanti aku akan dapat kembali kenikmatan itu.
Pasti, Pasti, Pasti.



Friday, January 29, 2010

rezeki masing-masing

28 Januari 2010 adalah hari yang paling gembira bagi aku.tapi gembira aku itu tidak tergambar. aku hanya ucap syukur dalam hati dan dan bersederhana. berita gembira nya adalah pointer aku naik gara-gara BEL 311 aku naik dr C+ ke A-. bersyukur sgt2..memang x terkata la..gpa aku sblum nih adalah 3 n cgpa aku 3.08 berubah jadi 3.24-gpa n cgpa jadi 3.15..memang x terkata la. ni lah yang dikatakan rezeki. actually sarah and the gang wat recheck paper BEL tuh..tapi atas usaha mereka sume kami dari section 2 dapat tempias nya. Thanks korunk!!! section 2 memang gempak la. sume bersatu hati. Sayang la korunk sume. Hope this friendship till death do us apart!!!
ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk lebih maju dan berjaya pada masa akan datang. aku rasa aku boleh lakukan. apa yang perlu aku lakukan hanya usaha,usaha,usaha. itu adalah kunci utama!!!

Sunday, January 17, 2010

aku benci dipermainkan!!!

aku benci dipermainkan..
aku ada kenal dgn sorunk mamat nih..
konon la ckp x de gf!!!
cis,mmg skng aku tgk kt profile dia ada gf..
@#$#$%$^%^
nak je aku mencarut..
skang nih aku memang dah tak percaya lelaki..
memang x boleh percaya langsung..
sweet talker sgt2!!
hampeh..
aku dah delete dia dr profile aku..
bodoh,siot pnye jantan..
terus terang je la kalau dah ad gf..
bukan aku nk kt ko sangat pun..
i'm not desperate k..
blah,blah,blah..
:X
benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 11, 2010

new label..2010

salam..new label for 2010..my diary..aku akn melakarkan segala kenangan manis dan juga pahit dalam blog nih. Tidak kisah lah hari-hari mahu sekali sekala. For the opening for my diary is about Anas. Kawan aku pada masa sekolah Darul Ehsan dulu. Aku dengan dia macam anjing dengan kucing. Selalu lah jugak gaduh. Aku gaduh dengan dia bersebab ok!! As a prefect aku ada hak nak marah dia. Yela rules sekolah bukan nk ikut. Ikut kepala sendiri je. But start from on 9 Januari 2010 dia makin rapat dengan aku. The last meeting aku dengan dia pada bulan December 2009. Itu bersama Diana. Dia seorang yang berani bcoz boleh bercerita tentang masalah peribadi dia. Aku tak minta dia cerita tapi memang dia sendiri. But for the first time aku gayut dengan dia 3 jam ok.. fuuhh memang penat la telinga nih.. Panas kowt.. haha... tapi dia call pun bersebab.. dia cerita semua problem dia. aku try untuk memahami dia as a friend. and advise dia selagi aku mampu. dia sudah jauh terpesong. tapi sekarang dia semakin sedar tentang jalan kehidupan ini. Aku berharap sangat dia berubah. Bukan berubah atas dasar orang lain tetapi kehendak diri sendiri. Aku tak mahu dia di paksa untuk berubah. Dan sentiasa mendoakan kejayaan dia. Dia seorang yang baik, ya even kekadang jahat still ada.. ops mayb sesuai cakap nakal kot. about 2 year aku mengenali dia.. and last sekali aku jumpa dia dekat fb aku tahu dia bukan seorang kawan yang cepat lupa kawan dia.. hrm.. apa-apa aku akan sentiasa mendoakan kehidupan dia akan bertambah baik untuk tahun baru nih..

p/s:
walaupun orang tuh nampak baik dari segi luaran tapi tidak semesti dia baik dari dalaman. Itu semua akan berbalik bagaimana kita mengawal diri kita sendiri. Walaupun ada masalah sekali pun mesti berbalik kepada pangkal jalan iaitu Allah yang Maha Esa.. Kita perlu sentiasa bertawakal dan berusaha dan berdoa demi mendapatkan keredhaan Nya di akhirat nanti. Dun judge a book by it's cover.