Perjalanan aku ke Bandung bukan untuk meliburkan diri aku sahaja. Tapi untuk melihat atau menatap kehidupan orang di sana. Terlalu banyak yang hendak aku kongsikan. Ketika aku berlepas dari lapangan terbang LCCT aku tidak menjangkakan keadaan di Bandung lebih indah dari Kuala Lumpur. Tapi tidak aku nafikan cuaca, udara di Bandung lebih indah kalau hendak di bandingkan di Kuala Lumpur. Udara yang nyaman dan segar dan cuaca yang sejuk, Kalau di lihat dengan mata kasar seperti tiada pencemaran langsung. Sampah? Itu sudah menjadi kebiasaan. Kalau di Kuala Lumpur boleh dilihat sampah-sarap yang bertaburan sama juga di Bandung.
Bandung salah satu negeri bagi negara Indonesia. Di sana menjadi para tumpuan bukan sahaja pelancong dari luar negara tetapi menjadi tumpuan bagi rakyat mereka sendiri. Terutamanya penduduk sekitar Jakarta. Berdasar dari cerita pemandu yang menjadi tourist guide kami sekeluarga, orang di Jakarta lebih suka bertumpu di Bandung pada hari minggu. Ini kerana tempat membeli-belah yang banyak serta udara yang nyaman untuk istirehat.
Ekonomi di Bandung lebih tertumpu pada pelancongan. Tak dapat dinafikan pelancong amat ramai di sana. Bukan orang luar negara malah orang setempat juga. Aku sempat melawat ke Gunung Tangkuban Paruhu.
Yang pada asalnya aku tak pernah dengar nama itu. Akhirnya sampai juga. Sepanjang perjalanan mata ini dijamu seperti biasa kesesakan lalu lintas. Dan akhirnya beralih satu permandangan yang indah. Cuaca sejuk dan pohon-pohon menghijau menghiasi setiap sisi ruang mata ini. Cukup indah. Mata ini juga dijamu dengan jualan buah nanas, labu dan juga aku rasa mahu hampir lebih 1000 ekor arnab di tepi jalan. Aku tidak tahu apa sebenarnya motif mereka meletakan arnab di tepi jalan.Untuk di jual atau untuk di makan. Di setiap gerai pasti ada tulis sate kelinchi (sate arnab) mungkin arnab itu dijual bagi sesiapa yang mahu makan atau mengidam sate arnab. Tapi ada juga yang singgah untuk membeli arnab sebagai haiwan peliharaan. Itu semua dari pandangan mata kasar aku. Kerana aku di dalam kereta dan apa yang aku mampu buat ialah mengandaikan sahaja.
Indah yang memberi pengajaran yang hendak ku khabarkan adalah kehidupan rakyat di Bandung memang cukup bergantung pada pelancong. Jika tiada pelancong maka, mereka tidak dapat menyara diri mereka. Pengemis yang bergelempangan merata-rata tempat. Meraih simpati dari orang ramai. Berkaki ayam. Mendukung anak kecil atau adik kecil mereka. Tidak kurang juga orang-orang cacat. Mengemis meraih kasihan orang ramai. Hanya ini kerja yang mereka mampu buat hanya untuk mencari sesuap makanan untuk tiap-tiap hari mereka. Tidak ketinggalan ada yang menjual bakat mereka seperti menghiburkan setiap pelancong yang datang.
Tidak kurang juga ada yang mencari rezeki untuk melakukan jualan di tempat-tempat pelancongan. Seperti apa yang terjadi pada aku dan keluarga. Bukan apa, ini semua fakta dan bukan auta. Mereka sungguh baik dalam menolong aku dan sekeluarga dalam perjalanan ke Kawah Domas di Tangkuban Paruhu. Untuk sampai ke sana kami terpaksa menempuhi perjalanan 1. 5 km. Dan jalan nya bukan lah lurus tetapi jalan nya curam. Nasib baik lah ada tempat untuk istirehat. Kaki aku menggigil kerana penat berjalan. Jalan yang agak licin amat mencabar kekuatan fizikal dan minda aku. Dan akhirnya kami berjaya sampai ke sana. Apa yang aku hajatkan untuk menikmati pemandangan di situ terbantut tatkala setiap penjaga kami tadi mahu menjual barangan mereka. Dan mereka meletakkan harga yang tinggi. Bagi aku memang lah niat mereka baik, tapi cara mereka melangsungkan perniagaan itu secara memaksa. Tapi tidak mengapa kerana aku punyai kenangan manis di sana. Mereka sentiasa mendoakan umur ku panjang dan hidup sejahtera. Dan aku turut mendoakan mereka.
Disini aku mahi simpulkan, negara maju atau di katakan agak maju itu tidak mampu untuk mengurangkan masalah pengemis. Dan hidup setiap pekerja di situ bermain tips. Hidup mereka di hujani tips. Ada yang sanggup berpanasan, berkaki ayam, dan ada juga yang sanggup menebalkan muka ini hanya untuk mencari rezeki sesuap nasi.


No comments:
Post a Comment