Photobucket

Tuesday, December 27, 2011

It would be last!

It would be last for me
Last for you
Last for everyone

I'll never find you(.)






Thursday, December 22, 2011

Today Is Your Birthday

Today is your birthday.
Deep in my heart I wish that I can be with you today.
We are celebrate together and share the moment together.

But you are far from me.
I never can reach you.

By the time flies very fast,
I only can whisper in my heart  'Happy Birthday dear'
And hope you will listen in your dream.

Have a blast dear.
May Allah bless you.
Hope you are happy and successful in your life.
I know you are too good to me.



Monday, November 28, 2011

-Rindu-

Rindu pada teman seperjuangan di Bangi dulu,
rindu dengan kehidupan yang dulu,
rindu dengan semua rutin harian dulu.

Rindu pada si "dia" 
Jauh di mata dekat di hati.

Rindu pada teman dan sahabat yang sudi mendengar rintihan dan keluhan.
Berkongsi suka dan duka bersama.
Rindu pada para pendidik yang menyayangi anak didikannya.
Disuluh ilmu yang tak tak kira agar berjaya.
Rindu segala-galanya

Kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Berada di Utara, Selatan dan juga  Timur
Dan aku masih setia di Barat.
Tapi hati kita tetap satu.
Satu dalam mengejar impian.
Satu dalam mengejar kejayaan.

Pasti suatu hari nanti kita akan ketemu.
Bertemu membawa berita gembira dan kejayaan.

Disaat itu, pasti semua sudah berubah.
Berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang.
Itu yang kita ingin kan..

Doa buat sahabat ku,
Bersusahlah kita dahulu, bersenang kita kemudian.
Tabah harungi segala rintangan yang ada.
Hidup ini sementara.
Hadapilah dengan senyuman.
Jangan pernah ada keluh kesah.
Jangan pernah ada putus asa.

Akhir...
Pasti penghujungnya membuahkan hasil yang berguna buat kita.

Saturday, October 1, 2011

Assignment + Program!

Baru masuk tiga minggu assignment dah berlambak-lambak.
Diri dah boleh terima sedikit perubahan demi sedikit perubahan.
Tapi masih ada beberapa perkara yang masih belum puas hati.

*sabar farah*sekejap je masa akan berlalu*

Hujung minggu banyak program yang menanti. 
Banyak perkara kena menyelit-nyelit dalam hujung minggu
Tak tahu lah kesampaian atau tidak.
Semua masih dalam perancangan.
Jadi atau tidak hanya Allah yang tentu.

Assignment plus program.
Bikin gua serabut!!!


Sunday, September 18, 2011

Perjuangan Seterusnya

12 September 2011
Permulaan baru bagi meneruskan perjuangan sekali lagi sebagai seorang pelajar.
Alhamdulillah dapat merasa jadi anak kandung UiTM.
Selama ini jadi "anak tiri" je.

Selama 3 tahun menjadi warga Bangi,
Sekarang baru rasa bersyukur betapa bagusnya KPTM Bangi.
Walaupun ada kekurangan tapi semua tu boleh dilenyapkan dengan perkara yang lebih baik.

Sekarang ini dalam percubaan menyesuaikan diri di Puncak Alam selama 2 tahun.

Memang banyak dugaan dekat Puncak Alam.
Jauh dari bandar.
Jauh dari Pusat Perniagaan.
Jauh dari segala-galanya lah.
Kalau nak cari barang kena ke bandar Meru ataupun Sungai Buloh,
yang memakan masa dalam 15-30 minit.

Tambahan lagi, masih lagi bersyukur berbanding tempat-tempat lain.
Kampus Puncak Alam bagi Fakulti Pengurusan Perniagaan, masih dalam keadaan sistematik.
Harapkan semuanya berjalan dengan lancar.
Bangunan paling belakang itulah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Pejabat yang sekarang ni menjadi Fakulti Pengurusan Perniagaan. 
Tapak pembinaan yang sebelah kiri itu bakal mendirikan bangunan Khas untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan  yang bakal siap pada tahun 2014.
*ok time nih dah kerja, tak sempat nak merasa*

p/s: 
rindukan kawan seperjuangan di Bangi yang teramat sangat. Segala suka dan duka masih dalam ingatan. :'(