Photobucket

Sunday, September 18, 2011

Perjuangan Seterusnya

12 September 2011
Permulaan baru bagi meneruskan perjuangan sekali lagi sebagai seorang pelajar.
Alhamdulillah dapat merasa jadi anak kandung UiTM.
Selama ini jadi "anak tiri" je.

Selama 3 tahun menjadi warga Bangi,
Sekarang baru rasa bersyukur betapa bagusnya KPTM Bangi.
Walaupun ada kekurangan tapi semua tu boleh dilenyapkan dengan perkara yang lebih baik.

Sekarang ini dalam percubaan menyesuaikan diri di Puncak Alam selama 2 tahun.

Memang banyak dugaan dekat Puncak Alam.
Jauh dari bandar.
Jauh dari Pusat Perniagaan.
Jauh dari segala-galanya lah.
Kalau nak cari barang kena ke bandar Meru ataupun Sungai Buloh,
yang memakan masa dalam 15-30 minit.

Tambahan lagi, masih lagi bersyukur berbanding tempat-tempat lain.
Kampus Puncak Alam bagi Fakulti Pengurusan Perniagaan, masih dalam keadaan sistematik.
Harapkan semuanya berjalan dengan lancar.
Bangunan paling belakang itulah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Pejabat yang sekarang ni menjadi Fakulti Pengurusan Perniagaan. 
Tapak pembinaan yang sebelah kiri itu bakal mendirikan bangunan Khas untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan  yang bakal siap pada tahun 2014.
*ok time nih dah kerja, tak sempat nak merasa*

p/s: 
rindukan kawan seperjuangan di Bangi yang teramat sangat. Segala suka dan duka masih dalam ingatan. :'(



Sunday, August 14, 2011

Salam Ramadhan



p/s: sambungan Balik Kampung Part 3 coming soon..

Thursday, July 21, 2011

Bad times!

I really had a bad times now!
I don't want to talk much!!!
I want the time passes by fast, faster, and fastest!!!
And let the history left behind!!!
:'( 

Tuesday, July 5, 2011

Balik Kampung -Part 2-

Bahagian kedua balik kampung.
Dari Kuantan bertolak kira-kira pukul 10 pagi.
Sepanjang perjalanan alhamdulillah semua lancar.
Sebelum tu singgah sebentar di Kemaman.
Betulkan "wiring" kereta Kenari.
Mr.K kena "bedah" sekali lagi.

Sementara tunggu Mr.K siap bertembung dengan Madam Amalia
Lecturer Selling di KPTM last semester.
Tapi tak sempat nak tegur.
Madam beli buah dekat pasar Kemaman.

Alhamdulillah Mr.K kembali sihat dan bertahan lagi 5 tahun.
Hehe

Sepanjang perjalanan ke Jerteh,Terengganu
Banyak sangat "pitstop"
Isi minyak la,
Kencing la,
Makan la..
Semua berhenti la...

Sampai di Kampung Tok Beng
Mak dan abah singgah beli keropok lekor.
Mai ai amat lama ok!
Nak beli keropok pun kena ambil nombor.
Bukan setakat itu, siap ada kaunter 1,2
Memang maju la.

Akhirnya sampai juga "turn"
Teruskan perjalanan ke Jerteh,Terengganu
Ada lagi perhentian.
Kali ni jumpa dengan sanak-saudara mak ki
Memang sebak la tengok..

Sedih..
Apa-apa ikatan keluarga tu akan kekal selama-lamanya.
Tiba rumah Ayah Ngoh, lebih kurang pukul 8.30 malam.
Alhamdulillah selamat perjalanan kami ke kampung.
:
:
:
:
:
:

Cukuplah sampai sini dulu..
:
:
:
:
Bakal menyusul bahagian 3.

Sunday, July 3, 2011

Balik Kampung -Part 1-

Kira-kira pukul 1 kami semua bertolak ke Kuantan,Pahang
Pergh! Ayat pertama dah macam nak buat karangan Bahasa Malaysia.
Hahaha

Ok, Farah terus kan..

Hari ini bertolak ke Kuantan.
Perjalanan tidak memenatkan.
Tapi menjadi penat bila tidak cukup tidur dan masih belum tidur sedangkan jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tiba di Kuantan lebih kurang pukul 5.30 petang.

Separuh perjalanan, singgah di RnR Temerloh untuk makan tengah hari.
Agak lewat sebenarnya.

Bertukar menjadi pemandu pelatih
Temerloh-Taman Kurnia Jaya,Kuantan

Esok, mungkin bertolak dalam pukul 9 lebih.
Akan singgah di Kemaman kerana abah ada urusan sedikit di sana.

Berharap perjalanan berjalan lancar dan mendoakan selamat pergi dan balik.
Akan 'update' dengan gambar-gambar yang sejuk mata memandang.
Ngeee~

Selamat Malam
Mimpi manis!