Photobucket

Monday, May 9, 2011

Hampir seminggu "maid" lari.
Minda dan badanku belum cukup rehat.
Ditimpa masalah yang tak pernah aku fikirkan.
Aku semakin tertekan.
Cuba melawan perasaan itu sekuat mungkin.

Demam dan selsema yang melanda diriku,
membuatkan aku bertambah tertekan.
Aku perlukan masa untuk berehat.
Merehatkan minda dan juga fizikal ku.

Kebelakangan ini aku tak boleh tidur.
Macam-macam perkara yang aku fikirkan.
Kadang-kadang aku rasa seperti mahu berputus asa
Tapi apa kan daya,
Harus ku lawan kehendak itu.

Ya Allah berikan ku kekuatan.
Menghadapi semua ini.
Berikan aku ketabahan,
Menjalani kehidupan ini.

Sesungguhnya engkau Maha Adil, Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang.

Sunday, March 27, 2011

HURT

"It hurts when I know the truth"


Sunday, March 20, 2011

Hidup seperti Belangkas

Dah masuk pertengahan bulan Mac.
 Bertimbun-timbun paper work yang perlu disiapkan
Due date pun makin dekat.
Bukan setakat paper work, presentation pun semakin hari semakin dekat.
Masa 24 jam sehari bagaikan tak cukup.
Mengejar semua benda dari perkara rutin hinggalah perkara yang bukan rutin.
Semuanya berkejar-kejar.

Bulan April semakin menghampiri.
Preparation untuk exam???
Satu apa pun belum bersedia!
Apa nak jadi pun tak tahu lah.

Apa yang diharapkan semua berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan.
InsyaAllah. Amin.

*pemecah kesunyian*
Damia dan Adam



Sunday, March 6, 2011

Dua minggu Penat.

KEPENATAN PERTAMA
TARIKH: 25&27 FEB 2011
TEMPAT: SG. GABAI & NUR LAMAN BESTARI, HULU YAM

*Penat tapi SERONOK!!!

KEPENATAN KEDUA
TARIKH: 5 MAC 2011
TEMPAT: WANGSA BOWLING, SELAYANG MALL

*Sakit tangan tapi PUAS sebab dapat karaoke sepuas hati. 

Wednesday, February 16, 2011

Berminggu-minggu tak produktif

Hampir tiga minggu tak produktif.
Ini semua gara-gara sakit.
Bukan menyalahkan takdir Tuhan,
cuma benci diri sendiri yang tak mampu melawan.

Rasa bersalah menyelubungi diri.
Tugasan yang harus disiapkan tertangguh.
Untung masih punya kawan yang membantu.
Namun rasa serba salah tetap menyelubungi sepanjang masa.

Makan masa untuk pulih sepenuhnya.
Tiada kata diucap melainkan kata maaf.

Maaf kerana diri-kuh tidak berguna buat masa 3 minggu ini.
Mungkin akan berlarutan.
Pinta-kuh berikan daku masa untuk pulih.
:(