Photobucket

Friday, August 27, 2010

Faham, fahami dan memahami.

Faham, fahami, memahami.
Mempunyai fahaman yang berbeza.
Faham maknanya mengerti akan sesuatu.
Fahami kehendak orang lain adalah tanda hormat.
Tidak perlu bertanya jika tiada apa yang hendak dikongsikan.
Mendiamkan diri lebih baik daripada berkata-kata.

Diam ku bererti aku memahami kehendak kamu.
Kecil hatiku tidak bermakna pada kamu.
Aku memahami semua itu.

Tidak perlu ceritakan rahsiamu pada ku.
Biarkan ia semua berlalu.
Aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu.

Terima Kasih daun keladi,
Budi mu kini hanya penyeri sementara hidup ini.




Sunday, July 11, 2010

July post.

Assalamualaikum.
Nukilan pertama untuk bulan Julai.
Tiada apa yang banyak diperkatakan untuk post kali ini.
Hanya ingin menyatakan semangat baru untuk semester baru.
Keputusan peperiksaan pada semester lepas membuatkan aku lebih bersemangat semester ini.
Tidak mahu hangat-hangat tahi ayam.
Seperti cakap tak serupa bikin.
Kali ini niat ku betul-betul ingin maju ke hadapan.
Memperbaiki diri ku untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berwawasan.
Walaupun sudah menjangkau umur 20-an.
Dan sudah masuk separuh tahun 2010.
Semangat ku terus berkobar-kobar.
Misi dan visi 2010 kali ini aku tidak nyatakan dengan detail.
Sekadar cukup dengan pencapaian yang aku sendiri perasaan tentang kewujudan nya.
Jika aku tidak mampu melaksanakan visi dan misi itu,
pasti aku kecewa.
Tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi.
Cukup sekadar apa yang aku miliku sekarang.
Bersyukur tersangat-sangat.
Alhamdullilah.

Friday, June 11, 2010

Usaha dan Tawakal.

Assalamualaikum.
Alhamdullilah pembuka bicara untuk sisipan bulan Jun ini.
Ku panjatkan syukur pada Allah kerana berikan kejayaan yang amat besar buat ku.
Mungkin ini 1 permulaan bagi  aku.
Dan aku masih punyai peluang untuk melakukan yang terbaik.

Semangat aku semakin berkobar-kobar.
Walaupun ia hanyalah sekadar nombor.
Tapi ia menjadi 1 persaingan sengit di antara kami pelajar-pelajar.
Usaha dan tawakal itu kunci kejayaan.
Kunci kejayaan yang akan ku genggam sampai bila-bila.
Tiada kejayaan jika tanpa usaha.
Tiada kejayaan jika tiada keredhaan dari-Nya.

Monday, May 31, 2010

Cuti Hujum

Cuti hujum?
Macam pelik je kan?
Itu semua singkatan sahaja.
Perkataan yang sebenar ialah cuti hujung minggu dan cuti umum.
Perjalanan ke Kluang, Johor amat menyeronokkan.
Walaupun sepanjang perjalanan di dalam kereta tidur memanjang.
Badan letih sebab tidak cukup tidur pada hari sebelumnya.
Namun, setibanya di Kampung Sri Tambak, Kluang Johor cukup menenangkan.
Sunyi, sejuk, nyaman menghilangkan segala penat lelah sepanjang perjalanan.

Percutian ke Kluang, Johor adalah untuk melawat ibu Anne.
Rakan sebilik waktu semester 2 dan kawan serumah waktu semester 3.
Layanan mereka seperti anak sendiri.
Siap cukup pakainya, makanannya dan segala-galanya lah.
Bersyukur sangat-sangat.

Kehidupan di kampung tidak lah semewah mana.
Cukup sekadar dapat menjadi tempat perlindungan diri dan juga keluarga.

Cara kehidupan juga turut berbeza.
Didikkan pelajaran juga turut berbeza.

Masing-masing ambil pengajaran.
Menjadikan ia sebagai iktibar dan lakukan apa yang terbaik.

Ini ibu yang selalu menjaga makan dan minum di Kluang, Johor
Gonna miss you so much ibu.




Tuesday, May 25, 2010

Kesilapan yang memakan diri.

Hari ini adalah 1 sejarah titik hitam dalam hidup.
Menyesal, menyesal, dan menyesal.
Itu sahaja ungkapan yang tercalit dalam hati ini.
Kekesalan yang amat mendalam.
Bodoh, bodoh, bodoh.
Kerana mengambil keputusan yang terlalu cepat.
Menyalahkan diri sendiri tiada akhirnya.

Mata bengkak, hati kecewa, kepala pening.
Kekecewaan, kekesalan, dan kebodohan diri sendiri.
Betul kata orang, ikut hati badan binasa.
Yang penting ikut logik akal dan sentiasa fikir secara waras.
Jangan ikut kata hati nanti badan sendiri sakit hati.

Fikiran menjadi buntu atas kesilapan diri sendiri
Takut, resah, gelisah semua dalam diri.
Dalam kebingungan dengan diri sendiri.

p/s: abah, yaya minta maaf. yaya tak sengaja buat keputusan terburu-buru. Kerana ikutkan hawa nafsu, yaya dah buat abah sakit hati. Maafkan yaya. Dan yaya tahu abah betul-betul marah dengan yaya kali ini. Minta maaf sangat-sangat.