Photobucket

Friday, June 11, 2010

Usaha dan Tawakal.

Assalamualaikum.
Alhamdullilah pembuka bicara untuk sisipan bulan Jun ini.
Ku panjatkan syukur pada Allah kerana berikan kejayaan yang amat besar buat ku.
Mungkin ini 1 permulaan bagi  aku.
Dan aku masih punyai peluang untuk melakukan yang terbaik.

Semangat aku semakin berkobar-kobar.
Walaupun ia hanyalah sekadar nombor.
Tapi ia menjadi 1 persaingan sengit di antara kami pelajar-pelajar.
Usaha dan tawakal itu kunci kejayaan.
Kunci kejayaan yang akan ku genggam sampai bila-bila.
Tiada kejayaan jika tanpa usaha.
Tiada kejayaan jika tiada keredhaan dari-Nya.

Monday, May 31, 2010

Cuti Hujum

Cuti hujum?
Macam pelik je kan?
Itu semua singkatan sahaja.
Perkataan yang sebenar ialah cuti hujung minggu dan cuti umum.
Perjalanan ke Kluang, Johor amat menyeronokkan.
Walaupun sepanjang perjalanan di dalam kereta tidur memanjang.
Badan letih sebab tidak cukup tidur pada hari sebelumnya.
Namun, setibanya di Kampung Sri Tambak, Kluang Johor cukup menenangkan.
Sunyi, sejuk, nyaman menghilangkan segala penat lelah sepanjang perjalanan.

Percutian ke Kluang, Johor adalah untuk melawat ibu Anne.
Rakan sebilik waktu semester 2 dan kawan serumah waktu semester 3.
Layanan mereka seperti anak sendiri.
Siap cukup pakainya, makanannya dan segala-galanya lah.
Bersyukur sangat-sangat.

Kehidupan di kampung tidak lah semewah mana.
Cukup sekadar dapat menjadi tempat perlindungan diri dan juga keluarga.

Cara kehidupan juga turut berbeza.
Didikkan pelajaran juga turut berbeza.

Masing-masing ambil pengajaran.
Menjadikan ia sebagai iktibar dan lakukan apa yang terbaik.

Ini ibu yang selalu menjaga makan dan minum di Kluang, Johor
Gonna miss you so much ibu.




Tuesday, May 25, 2010

Kesilapan yang memakan diri.

Hari ini adalah 1 sejarah titik hitam dalam hidup.
Menyesal, menyesal, dan menyesal.
Itu sahaja ungkapan yang tercalit dalam hati ini.
Kekesalan yang amat mendalam.
Bodoh, bodoh, bodoh.
Kerana mengambil keputusan yang terlalu cepat.
Menyalahkan diri sendiri tiada akhirnya.

Mata bengkak, hati kecewa, kepala pening.
Kekecewaan, kekesalan, dan kebodohan diri sendiri.
Betul kata orang, ikut hati badan binasa.
Yang penting ikut logik akal dan sentiasa fikir secara waras.
Jangan ikut kata hati nanti badan sendiri sakit hati.

Fikiran menjadi buntu atas kesilapan diri sendiri
Takut, resah, gelisah semua dalam diri.
Dalam kebingungan dengan diri sendiri.

p/s: abah, yaya minta maaf. yaya tak sengaja buat keputusan terburu-buru. Kerana ikutkan hawa nafsu, yaya dah buat abah sakit hati. Maafkan yaya. Dan yaya tahu abah betul-betul marah dengan yaya kali ini. Minta maaf sangat-sangat.

Sunday, May 23, 2010

Time Never Wait For You

Time never wait for you.
It continue spinning and never stop even a second.
And never waste your time.
Fill it with joy and happiness.

Time never wait for you.
Chance is just in front of you.
Just grab it and make it real.

Time never wait for you.
You will regret if you disobey to it.
It is all about the rule.
If you can not manage the time.
You ruin your life.
Your life will be meaningless.

Thursday, May 20, 2010

Hati Yang Kamu Sakiti



Sejak kebelakangan ini aku agak emo sedikit. Biasa lah perempuan, bulan mengambangkan. Aku sudah biasa semua itu. Tapi aku suka sangat dengar lagu Rossa - Hati Yang Kamu Sakiti. Walaupun tiada seorang yang melukakan hati aku buat masa sekarang ini. Sakit hati biasa la. Tapi hati yang di sakiti yang di lakukan oleh orang lain itu belum lagi. Dan aku masih mengharapkan agar tiada siapa yang akan melukakan hati aku ini.