Photobucket

Sunday, July 3, 2011

Balik Kampung -Part 1-

Kira-kira pukul 1 kami semua bertolak ke Kuantan,Pahang
Pergh! Ayat pertama dah macam nak buat karangan Bahasa Malaysia.
Hahaha

Ok, Farah terus kan..

Hari ini bertolak ke Kuantan.
Perjalanan tidak memenatkan.
Tapi menjadi penat bila tidak cukup tidur dan masih belum tidur sedangkan jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tiba di Kuantan lebih kurang pukul 5.30 petang.

Separuh perjalanan, singgah di RnR Temerloh untuk makan tengah hari.
Agak lewat sebenarnya.

Bertukar menjadi pemandu pelatih
Temerloh-Taman Kurnia Jaya,Kuantan

Esok, mungkin bertolak dalam pukul 9 lebih.
Akan singgah di Kemaman kerana abah ada urusan sedikit di sana.

Berharap perjalanan berjalan lancar dan mendoakan selamat pergi dan balik.
Akan 'update' dengan gambar-gambar yang sejuk mata memandang.
Ngeee~

Selamat Malam
Mimpi manis!

Saturday, July 2, 2011

Sambungan siri kehidupan seorang pelajar


Alhamdulillah
Akhirnya dapat juga sambung ijazah.
Bersyukur sangat-sangat.

Masa untuk berjuang sehabis-habisnya..
Yeah!!!!!

Wednesday, June 29, 2011

Maaf-Terima Kasih-Berharap

Alhamdulillah.
Dia semakin jauh.
Biarlah dia jauh dari hidupku.

Hati ini masih mengharap pada yang belum pasti.
Biar aku mengharap.

Mungkin Tuhan mahu menguji.

:
:
:
:
:
:
:
:
:


Mengharap pada yang tak pasti lebih baik dari menyakiti hati orang lain.

Aku yakin dia akan berjumpa orang lebih baik dariku.
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku kawan.
Aku sangat menghargai kehadiranmu walaupun aku terpaksa menyakitimu.

Aku mohon jangan pernah ada perasaan benci pada diriku
Aku mohon maaf atas keterlanjuran ini.


Tuesday, June 28, 2011

I JUST NEED "YOU" STAND BY ME!

Thursday, June 23, 2011

Aku tepis jauh-jauh

Makin lama aku tepis jauh-jauh
Makin dekat dia datang padaku
Makin lama aku tepis jauh-jauh
Makin hampiri dia padaku

Aku mahu dia pergi jauh-jauh.
Jauh dari fikiran ku
Aku mahu dia pergi jauh-jauh
Jauh dari hidupku

Aku tepis di kuat
Kuat harapan dia pada ku
Aku tepis di kuat kali ini
Kuat firasatnya tentang aku

Walaupun kuat aku tepis dia kali ini
Aku harap dia berundur dan jauh daripada aku

Biar hilang dia dari pandangan ku
Biar hilang bayang dia dari fikiran ku
Biar hilang kelibat dia tentang diriku
Biar hilang daya dia pasal aku