Photobucket

Tuesday, June 28, 2011

I JUST NEED "YOU" STAND BY ME!

Thursday, June 23, 2011

Aku tepis jauh-jauh

Makin lama aku tepis jauh-jauh
Makin dekat dia datang padaku
Makin lama aku tepis jauh-jauh
Makin hampiri dia padaku

Aku mahu dia pergi jauh-jauh.
Jauh dari fikiran ku
Aku mahu dia pergi jauh-jauh
Jauh dari hidupku

Aku tepis di kuat
Kuat harapan dia pada ku
Aku tepis di kuat kali ini
Kuat firasatnya tentang aku

Walaupun kuat aku tepis dia kali ini
Aku harap dia berundur dan jauh daripada aku

Biar hilang dia dari pandangan ku
Biar hilang bayang dia dari fikiran ku
Biar hilang kelibat dia tentang diriku
Biar hilang daya dia pasal aku








Friday, June 17, 2011

Benteng keterbatasan

Kejap sahaja masa berlalu
Post yang terakhir 9 May yang lalu
Sepanjang tempoh itu banyak perkara yang berlaku.
Kegembiraan, kesedihan
Pertemuan dan juga perpisahan.

Apa yang berlaku sebulan lepas biarlah jadi kenangan.
Aku di sini harus meneruskan hidup seperti biasa

Hidup aku seperti biasa
Menghabiskan masa di rumah
Aku gembira dengan hidup aku sekarang
Dan aku akui ada batas-batas untuk diri aku sendiri

Biarlah..
Biarlah batas itu menjadi benteng buat diriku
Agar aku lebih mengerti apa itu erti pengorbanan.

Monday, May 9, 2011

Hampir seminggu "maid" lari.
Minda dan badanku belum cukup rehat.
Ditimpa masalah yang tak pernah aku fikirkan.
Aku semakin tertekan.
Cuba melawan perasaan itu sekuat mungkin.

Demam dan selsema yang melanda diriku,
membuatkan aku bertambah tertekan.
Aku perlukan masa untuk berehat.
Merehatkan minda dan juga fizikal ku.

Kebelakangan ini aku tak boleh tidur.
Macam-macam perkara yang aku fikirkan.
Kadang-kadang aku rasa seperti mahu berputus asa
Tapi apa kan daya,
Harus ku lawan kehendak itu.

Ya Allah berikan ku kekuatan.
Menghadapi semua ini.
Berikan aku ketabahan,
Menjalani kehidupan ini.

Sesungguhnya engkau Maha Adil, Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang.

Sunday, March 27, 2011

HURT

"It hurts when I know the truth"