Photobucket

Friday, June 17, 2011

Benteng keterbatasan

Kejap sahaja masa berlalu
Post yang terakhir 9 May yang lalu
Sepanjang tempoh itu banyak perkara yang berlaku.
Kegembiraan, kesedihan
Pertemuan dan juga perpisahan.

Apa yang berlaku sebulan lepas biarlah jadi kenangan.
Aku di sini harus meneruskan hidup seperti biasa

Hidup aku seperti biasa
Menghabiskan masa di rumah
Aku gembira dengan hidup aku sekarang
Dan aku akui ada batas-batas untuk diri aku sendiri

Biarlah..
Biarlah batas itu menjadi benteng buat diriku
Agar aku lebih mengerti apa itu erti pengorbanan.

Monday, May 9, 2011

Hampir seminggu "maid" lari.
Minda dan badanku belum cukup rehat.
Ditimpa masalah yang tak pernah aku fikirkan.
Aku semakin tertekan.
Cuba melawan perasaan itu sekuat mungkin.

Demam dan selsema yang melanda diriku,
membuatkan aku bertambah tertekan.
Aku perlukan masa untuk berehat.
Merehatkan minda dan juga fizikal ku.

Kebelakangan ini aku tak boleh tidur.
Macam-macam perkara yang aku fikirkan.
Kadang-kadang aku rasa seperti mahu berputus asa
Tapi apa kan daya,
Harus ku lawan kehendak itu.

Ya Allah berikan ku kekuatan.
Menghadapi semua ini.
Berikan aku ketabahan,
Menjalani kehidupan ini.

Sesungguhnya engkau Maha Adil, Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang.

Sunday, March 27, 2011

HURT

"It hurts when I know the truth"


Sunday, March 20, 2011

Hidup seperti Belangkas

Dah masuk pertengahan bulan Mac.
 Bertimbun-timbun paper work yang perlu disiapkan
Due date pun makin dekat.
Bukan setakat paper work, presentation pun semakin hari semakin dekat.
Masa 24 jam sehari bagaikan tak cukup.
Mengejar semua benda dari perkara rutin hinggalah perkara yang bukan rutin.
Semuanya berkejar-kejar.

Bulan April semakin menghampiri.
Preparation untuk exam???
Satu apa pun belum bersedia!
Apa nak jadi pun tak tahu lah.

Apa yang diharapkan semua berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan.
InsyaAllah. Amin.

*pemecah kesunyian*
Damia dan Adam



Sunday, March 6, 2011

Dua minggu Penat.

KEPENATAN PERTAMA
TARIKH: 25&27 FEB 2011
TEMPAT: SG. GABAI & NUR LAMAN BESTARI, HULU YAM

*Penat tapi SERONOK!!!

KEPENATAN KEDUA
TARIKH: 5 MAC 2011
TEMPAT: WANGSA BOWLING, SELAYANG MALL

*Sakit tangan tapi PUAS sebab dapat karaoke sepuas hati.