Photobucket

Friday, December 17, 2010

|Seorang demi Seorang|

Seorang demi seorang yang aku kenali pergi dari dunia ini.
Aku sedar kini dunia semakin hampir ke penghujungnya.
Hidup ini semakin pendek.
Entry terdahulu kawan sekolah Tingkatan 1 ku telah pergi.
Kini Guru Kelas Tingkatan 3 a.k.a Guru Geografi turut pergi.
Beliau menghidapi Leukimia kira-kira 3 bulan lalu.
Masa tuh dah final stage.
Memang terkejut sangat-sangat.
Pn. Chin Sien selalu nampak sihat.
Dia seorang guru yang baik sangat.
Ambil berat tentang semua anak murid beliau.
Jarang marah-marah.
Seorang yang positif.
Pn. Chin Sien I'm gonna miss you..
Rest In Peace Pn. Chin Sien

Tuesday, December 14, 2010

Dalam Kegembiraan punyai Kesedihan

Last update was on 7 December 2010.
And today is 14 December 2010.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang 7 hari ini.

First of all, my result was amazed me.
I'm so surprised with my result.
I got Dean's List for the first time.
I really thank to Allah for gave me a such a good present to me.
Alhamdulillah.
Bersyukur sangat-sangat.
And the good news is all my room mate got Dean's List too.
Apa yang kami semua harapkan kali ini memang menjadi kenyataan.
Alhamdulillah.

This is my best buddies at college and they all got Dean's List.

Terima kasih kawan-kawan.
Kita sama-sama usaha dan kita dapat kurnia dari-Nya bersama-sama.
Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama kesedihan datang menyapa.
Pada mulanya aku ingat perkara ini main-main.
Ini kerana aku fikirkan Facebooknya mungkin di hacked.
Tapi sekali lagi bila aku berfikir, perkara ini tidak boleh di buat main-main.
Dalam beberapa ketika aku mendapat panggilan dari Shuhadah kawan sekolah ku.
Dia bertanya perkara yang sama dalam pemikiran ku.
Dan perkara ini memang benar-benar berlaku.
Arwah Aida Amaludin telah kembali ke Rahmahtullah pada 9 December 2010 jam 0646.
Arwah telah meninggal di Pusat Rawatan Universiti Malaya.
Arwah meniggal kerana menghidap Barah Otot.
Arwah telah sakit kira-kira enam bulan.
Aku sendiri tidak tahu arwah sakit.
Kali terakhir arwah mengajak aku dan Diana keluar pada bulan December 2009.
Untuk bertemu di KLCC.
Aku tidak dapat bertemu dengan dan hanya bertemu dengan rakan-rakan yang lain.
Sesungguhnya arwah adalah kawan aku dari Tingkatan 1 semasa aku di SMK Darul Ehsan.
Kami satu kelas dan juga rakan pengawas.
Banyak benda yang kami lakukan berrsama.
Gelak tawa arwah tak pernak luntur dari ingatan ku.
Izzati Nadiah kawan rapat arwah turut merasai pemergian arwah.
Arwah tidak mahu beritahu penyakit kepada rakan-rakan kerana tidak mahu menyusahkan kawan-kawan.
Aku hormati keputusan arwah.
Kenangan kami semasa Tingkatan 1 masih segar di ingatan.
Aku berdoa agar roh arwah di tempat bersama orang yang berIman.
Al-Fatihah.



Tuesday, December 7, 2010

Rupa-nya Iras "Iqram Dinzly"

Tak ada apa yang mahu aku tuliskan di sini.
Cuma hanya pemikiran aku sentiasa berlegar-legar,
tentang seseorang yang rupanya seiras IQRAM DINZLY.

Aku hanya mengelarnya Iqram Dinzly.
Senyumnya, ramahnya, membuat hati ku tercuit dengan tingkah laku nya.
Hati aku tidak lah berbunga-bunga.
Hanya pandanganku tidak terlepas dari melihatnya.
Sifat sabarnya melayan pesakit-pesakit di hospital membuatkan aku mengkagumi beliau.
Pesakit yang dilayaninya perlulah mempunyai sifat sabar yang tinggi.
Pesakit orang-orang tua (Geriatrik).

"Sabar itu separuh daripada Iman."




Observation & Changes

Alhamdullilah
Syukur.
Semua keadaan beransur pulih.
Alhamdullilah.
Harapan aku mahu nenek ku pulih sepenuhnya menjadi sandaran dan tunggak utama aku.
Banyak perubahan yang di lihat pada Mak Ki.
Suara sudah boleh mula keluar.
Kaki dah boleh gerak banyak sikit.
 Perubahan itu membuatkan aku lagi gembira dan sentiasa menunggu pemulihan Mak Ki sepenuhnya.
Berhari-hari aku bersama dia menampakkan kesan positif.
Alhamdullilah.
Aku bersyukur dengan Sang Pencipta.
Sesungguh-Nya Beliau Maha Berkuasa.
Dari pengamatan aku Mak Ki beransur pulih.
Cuma keadaan emosinya belum lagi stabil.
Mak Ki akan senyum sendiri, menangis dan kadang-kala akan senyap tanpa jawapan.
Itu adalah salah satu simptom setelah Mak Ki mengalami Multiple Brain Damage (Stroke).
Kehilangan suara juga disebabkan oleh Stroke.


Doktor hanya mahu Mak Ki pulih seperti sedia kala.
Jika mahu Mak Ki berjalan semula harapannya tipis.
Mungkin tidak sampai ke 50%.
Mak Ki hanya mampu menapak 1 hingga 2 tapak sahaja.
Itu sahaja kudrat yang dia ada.
Apa-apa pun doaku sentiasa mengiringi Mak Ki sentiasa.



Monday, November 22, 2010

Kesabaran Ujian Diri Ku

Keputusan memutuskan bawa nenek ku pulang adalah cadangan aku.
Aku tak sanggup lagi melihat dia di sana.
Biar dia berada di depan mataku sehingga akhir hayat nya.
Aku sedih melihat keadaan nya sekarang.
Kurus tidak bermaya.
Aku gagahkan kudrat ku untuk menjaga nenek ku.

Mungkin ini semua ujian buat diriku.
Aku terima dan penuh ketabahan.

Mungkin Tuhan mahu aku jadi lebih bertanggungjawab.
Menjadi manusia yang berguna.
Menjadi sebaik-baik manusia.

Hati ku menangis melihat airmata gugur jatuh dari nenekku.
Apakan daya aku tak mampu kudrat ku tidak mampu.
Aku hanya mampu menolong menjaga makan dan minum nya sahaja.
Aku sedih.
Aku mohon pertolongan Mu Ya Allah kuatkan semangat hamba Mu ini Ya Allah.
Berilah hambu Mu ini kekuatan menempuh hari-hari mendatang,
Permudahkanlah segara urusan seharian ku Ya Allah.
Sesungguh-Nya yang baik itu datang dari Kamu dan buruk itu adalah dari diri aku sendiri.
Berikanlah aku petunjuk dalam menghadapi dunia ini.

Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui.
Hanya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.