Photobucket

Tuesday, December 7, 2010

Rupa-nya Iras "Iqram Dinzly"

Tak ada apa yang mahu aku tuliskan di sini.
Cuma hanya pemikiran aku sentiasa berlegar-legar,
tentang seseorang yang rupanya seiras IQRAM DINZLY.

Aku hanya mengelarnya Iqram Dinzly.
Senyumnya, ramahnya, membuat hati ku tercuit dengan tingkah laku nya.
Hati aku tidak lah berbunga-bunga.
Hanya pandanganku tidak terlepas dari melihatnya.
Sifat sabarnya melayan pesakit-pesakit di hospital membuatkan aku mengkagumi beliau.
Pesakit yang dilayaninya perlulah mempunyai sifat sabar yang tinggi.
Pesakit orang-orang tua (Geriatrik).

"Sabar itu separuh daripada Iman."




Observation & Changes

Alhamdullilah
Syukur.
Semua keadaan beransur pulih.
Alhamdullilah.
Harapan aku mahu nenek ku pulih sepenuhnya menjadi sandaran dan tunggak utama aku.
Banyak perubahan yang di lihat pada Mak Ki.
Suara sudah boleh mula keluar.
Kaki dah boleh gerak banyak sikit.
 Perubahan itu membuatkan aku lagi gembira dan sentiasa menunggu pemulihan Mak Ki sepenuhnya.
Berhari-hari aku bersama dia menampakkan kesan positif.
Alhamdullilah.
Aku bersyukur dengan Sang Pencipta.
Sesungguh-Nya Beliau Maha Berkuasa.
Dari pengamatan aku Mak Ki beransur pulih.
Cuma keadaan emosinya belum lagi stabil.
Mak Ki akan senyum sendiri, menangis dan kadang-kala akan senyap tanpa jawapan.
Itu adalah salah satu simptom setelah Mak Ki mengalami Multiple Brain Damage (Stroke).
Kehilangan suara juga disebabkan oleh Stroke.


Doktor hanya mahu Mak Ki pulih seperti sedia kala.
Jika mahu Mak Ki berjalan semula harapannya tipis.
Mungkin tidak sampai ke 50%.
Mak Ki hanya mampu menapak 1 hingga 2 tapak sahaja.
Itu sahaja kudrat yang dia ada.
Apa-apa pun doaku sentiasa mengiringi Mak Ki sentiasa.



Monday, November 22, 2010

Kesabaran Ujian Diri Ku

Keputusan memutuskan bawa nenek ku pulang adalah cadangan aku.
Aku tak sanggup lagi melihat dia di sana.
Biar dia berada di depan mataku sehingga akhir hayat nya.
Aku sedih melihat keadaan nya sekarang.
Kurus tidak bermaya.
Aku gagahkan kudrat ku untuk menjaga nenek ku.

Mungkin ini semua ujian buat diriku.
Aku terima dan penuh ketabahan.

Mungkin Tuhan mahu aku jadi lebih bertanggungjawab.
Menjadi manusia yang berguna.
Menjadi sebaik-baik manusia.

Hati ku menangis melihat airmata gugur jatuh dari nenekku.
Apakan daya aku tak mampu kudrat ku tidak mampu.
Aku hanya mampu menolong menjaga makan dan minum nya sahaja.
Aku sedih.
Aku mohon pertolongan Mu Ya Allah kuatkan semangat hamba Mu ini Ya Allah.
Berilah hambu Mu ini kekuatan menempuh hari-hari mendatang,
Permudahkanlah segara urusan seharian ku Ya Allah.
Sesungguh-Nya yang baik itu datang dari Kamu dan buruk itu adalah dari diri aku sendiri.
Berikanlah aku petunjuk dalam menghadapi dunia ini.

Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui.
Hanya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.




Thursday, November 18, 2010

-Serba Salah-

Serba salah sangat dengan Ira.
Ira maafkan Farah.
Farah bukan kawan yang baik.
Farah tak dapat tolong Ira bila Ira betul-betul perlukan Farah.
Sorry sangat-sangat.

Farah pun sedih bila Ira jadi macam ini.
Ira kena kuat.
Kuatkan semangat.
Mungkin dia perlukan masa.
Mungkin makan masa berbulan-bulan Ira.
Kalau dah timbul bab-bab fitnah ini susah kita nak perbetulkan balik.
Ira, kuatkan semangat.
One day nanti dia mesti menyesal sebab buat Ira macam ni.
Farah tahu Ira sayangkan dia.
Ira kena bagi masa dekat dia.
InsyAllah one day dia akan faham Ira..

Farah sayang Ira sangat-sangat.
Farah sedih bila dengar Ira nangis tadi.
Sedih sangat-sangat.
Farah tak sanggup nak buat Ira bertambah sedih.
Farah rindu dengan gelak tawa Ira.
Farah rindu guruan Ira.
Farah rindu semuanya tentang Ira.
I don't mean want to hurt you.
I want you to be happy.
Especially with your loved ones.
Doa Farah sentiasa mengiringi diri Ira.

Ini semua kenangan manis Farah dengan Ira.

Monday, November 15, 2010

Keterukan yang melampau.

Dah lama tak update blog nih. 
Dah berkurun rasa nya.
E'eh belum berkurun lagi.
Baru je beberapa bulan.
Apa yang terjadi sekitar beberapa bulan itu?
Hrm.. Banyak perkara yang berlaku. 
Seperti Geng Ou Ou keluar makan bersama.
Huhu. Best. Memori indah untuk tahun ini.
Kami banyak menghabiskan masa bersama.




Kemudian beralih kepada perkahwinan sepupu tersayang ku.
Tarikh perkahwinan pada 23 Oct 2010. 
Dan pada 25 Oct 2010 aku menduduki peperiksaan akhir bagi Semester 5.
Killer subject iaitu Operations Management.
Aku berharap perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.


Keterukan yang melampau yang aku maksudkan adalah,
aku merasakan semester ini adalah semester yang paling teruk bagi aku.
Semuanya tak bersedia.
Banyak main-main.
Otak tak berfungsi sepenuhnya dan leka dengan keadaan sekeliling.
Aku sendiri menyesal atas apa yang berlaku.
Tapi ku gagah kan jua untuk menerima seadanya.
Memang kerisauan aku tahap dewa la.
Stress jangan cakapla.
Hari-hari aku stress.
Kekadang aku sendiri tak tau kenapa perubahan ini berlaku pada diri aku.

Apa-apa pun aku mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri.
Amin..